06 June 2009

Bakso


Hari ni makan bakso je.. mana taknya asyik makan nasi je.. tukar menu sekali sekala.. petang nanti nak gi main badminton tu yang buat ni je.. nanti balik dah malam.. biasanya memang tak dinner kalau rajin ikut la kawan- kawan g makan kat luar tapi selalu nya kami ni minum je.. hihihi.. yela mana tak nya dah keluarkan kalori banyak pastu nak sumbat balik makan lepas main tak berbaloi rasanya.. hihhi... bakso ni pernah buat sebelum ni.. tapi harini saja tempek resepi yang ita amik dari dapur kak hana.. oh kak hana.. jadi tempat rujuk je la sekarang.. hahaha.. myresepi dah tak boleh buka... hihihihih...bolehkan kak...


Bahan-bahan
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh-
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara
UTK KUAH;
1.Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan.
2.Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
3.Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA:
1.Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. 2.Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih.
3.Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
4.Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. 5.Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.

2 Comments:

  1. dari~ummie said...
    aha..sedapnya bakso!!yummy..heheh..kak ita org batu pahat ke?
    Juwita Jamaludin said...
    to ummie.. bukan la akak orang perak tapi resepi asal ni kata kat batu pahat ada.. sorry yek..

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG