08 June 2009

Peach Cheese Tart



Menu ni buat untuk bawa rumah kawan haritu.. hari birthday fateh haritu pun buat tapi tak ambil gambar.. menu ni lupa nak post ... Jadi saja nak share resepi ni.. ini pun untuk rujukan ita juga.. resepi dari myr kak yani..



Bahan-bahan ( 22 cm ).

* -Walnut crust-
* 1/2 cawan gula
* 100g mentega(potong kecil-kecil)
* 1 cawan tepung gandum
* 2/3 cawan walnut
* -Filling-
* 250g philadelphia cream cheese
* 1 biji telur
* 1/4 cawan gula
* beberapa titik esen vanila
* 1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)

Cara-cara
1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again. Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
5. Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG