05 June 2009

Pau Noorma


Pau Noorma.. Glamour betul kakak ni.. mana -mana orang buat pau ni.. so hari ni ita try plak.. ikut panduan dan pantang larang yang diberikan.. Alhamdulilah menjadi.. ita tak uli dengan tangan tapi ita bagi cik BM buat keje.. hehehehe.. cukup masa ita masuk je dalam kukus.. wah best la pu ni.. sedap dan cantik... Thanks kak Noorma.. halal ye resepinya.. Resepi ni ita cilok dari dapur kak hana.. lehkan kak... thanks...

Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering -
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu makan gula castor
1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
1 sudu teh bread softener ( ita tak letak sbb takde)
1 sudu teh bread improver ( ta letak sebab tak de)
1/2 cawan susu cair -


Cara-cara
1.Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
3. step satu dan 2 ita dalam Bm tekan butang doh.
4.Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
5. Masukkan inti dan tutup kemas.
6.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
7.Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
8.Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
9.Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untuk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu) -punyerlah aku ikat sekuat ati kain tuh! hahahahahaa...
10.Kukus pau selama 15 minit.

inti tu ada dua jenis satu inti daging satu inti kacang merah.. amibil dari rumah kak suzi.. thanks ye kak..

Bahan2:

Satu tin kacang merah(400gm)( ita guna kacang merah )
2 senduk gula
minyak masak
daun pandan kalau ada
sedikit garam


Cara2:

bilas dan tapis kacang merah- kisar hingga hancur(saya lenyek je sbb blender rosak)
panaskan minyak dan masukkan gula. biarkan cair menjadi karamel.
masukkan kacang merah yg telah dikisar
masukkan sedikit air dan daun pandan
masukkan sedikit garam utk rasa lemak...

masak hingga pekat bekilat

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG