09 June 2009

Sambal Udang Petai


First time beli petai kat jepun ni.. Jadi hari ni masak la sambal udang petai ni.. Ita ni sebenarnya petai-petai ni kurang la sikit nak buat ulam tapi kalau masak macam ni okla tapi lepas tu siap la kena berus gigi.. hihhihih.. sebab baunya semerbak...

Bahan-bahan.

15 ekor udang besar
10 biji isi petai
1/2 biji bawang besar di blender
3 ulas bawang kecil diblender
5 biji cili kering diblender
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
sedikit sos tomato

Cara-cara
1. Tumis bahan yang diblender dengan sedikit minyak hingga garing.
2. masukkan udang dan gaoreng lagi.
3. Masukkan petai dan goreng sedikit.
4. masukkan gula, garam, air asam jawa dan sos tomato.
5. masak hingga kuah pekat.

2 Comments:

  1. Suzi said...
    ita, akak suka petai terutama yg jeruk hihihih.bukan takat mulut je blh berbau...air kencing pun kan? hihihi
    Juwita Jamaludin said...
    tula kak tu yang kurang gemo tu.. hhihihi. .. ita kalau masak macam ni je makan kalau ulam tu kurang sikit..

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG