11 June 2009

Banana Chocolate Muffin


Nampak pisang nak busuk jadi dari rugi baik buatkan muffin. Resepi guna banana chocolate muffin dari kak yani.. tapi ada menderhaka sikit masukkan apa yang nak masuk dalam tu dan letak topping.. sebab teringin nampak topping tu bila lalu kat bakery shop tempohari... ita buat 1/2 adunan je dapat 12 ketul..

Bahan-bahan
*170g tepung gandum
*30g serbuk koko
*130g gula
*1 sudu kecil baking powder
*secubit garam
*100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
>2 biji telur
>75ml minyak masak
>100ml susu segar
>sedikit vanila esen
>2 biji pisang
ita tambah pecan didalam.

** Topping**
1/3 cawan gula perang
1 sudu besar tepung
1/8 sudu kecil cinnamon
1 sudu besar cold butter
1/4 cawan chopped nuts(optional)

Cara-cara
1.Panaskan oven sehingga 170C.
2.Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam FP. Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok)
3.Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati. ita tak masuk fp pun.. kacau biasa je.
4.Cedukkan ke dalam cup muffin.
** Topping. Campurkan 3 bahan pertama.
5.Potong cold butter dalam campuran tadi sehingga crumbly
Taburkan ke atas muffin.
6.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

4 Comments:

  1. mama Tiara said...
    cutenye muffin ni..paper cup nya pun cute gak..
    blogresipi said...
    Rajinnye semua orang wat muffin sekarang...huhu... kite bab2 muffin ni tak berapa reti cikit... cantek je muffin akak ni.
    Aishah@Ariffin@Aqil said...
    cun je nampak muffin tu...lagi cun kalu dapat ngap sebijik 2...hehehe...
    Juwita Jamaludin said...
    to mama tiara
    biasa2 je muffin ni.. saja nak abiskan barang buat tu..

    to ijan.. kadang suka juga makan anak akak suka..

    to kak aisha..
    thanks ye.. dah abis la kak

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG