29 July 2009

Karipap Sardin Kentang



Buat karipap semalam dan frozenkan goreng pagi ni.. senang cerita. Masak pasta goreng je pagi ni.. tapi layan gambar karipap je la ek.. huhuhu.. pasta tak sempat nak bergambar.. heheheh


Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
2 biji kentang
1 tin kecil sardin
1/2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
sos tomato
sedikit jus lemon/limau

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan kentang. Kemudian masukkan sardin,sos tomato. jus lemon dan garam secukup rasa. masak hingga kentang empuk.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

5 Comments:

  1. Watierman said...
    Akak baru dok ingat nak buat karipap tadi...masa dok sidai kain...makan yang ni dulu lah!...Memang akak suka sangat makan karipap nak buat malas banyak...bukan sikit2...mau nya 5 ke 6 biji sekali hadap jer!
    Chik Mi said...
    akak dah masuk list nk buat tup2 hm sardin dah elek hubby nak makan ngan nasi,so tunggu seond round baru boleh buat la karipap ni,akak mamam kat umah ita je la
    Juwita Jamaludin said...
    to kak watie.. memang kak makan karipap ni berhantu.. uhuuhh.. tula sedap je bila makan tak ingat berapa

    to kak mimi..
    beli sardin ye kak nanti leh buat ehhehehe
    Ayu said...
    salam ita, jemput kerumah ambik awrd..ya..buat homewk sekali..
    blogresipi said...
    akak buat karipap pakai mold tak? ke boleh jer kalau tak pakai acuan ape pon? kite nie tak pernah wat karipap.. jakun sket.hehe

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG