30 July 2009

Mee Nyonya atau mee kari nyonya


Tengah ada daun kesum dalam peti sejuk tu baik la buat mee nyonya ni.. tapi tu la baca resepi pun sekali lalu je.. jadi teringat di rumah ros ada mee kari nyonya di rumah kak hana ada mee nyonya.. jadinya bila masak ita buat guna resepi kak hana.. tapi ita tambah serbuk kari plak.. ingat kak hana letak rupanya tak.. hehehe tak pe la.. yang pasti dah selamat masuk perut dah.. dan hasilnya sedap.. buat sikit je untuk breakfast pagi tadi... sambal tumis pun tak buat .. uhuuuhuhu Nak N3 tadi tak sempat la.. banyak urusan rumahtangga... Thanks Kak hana ye sebab banyak resepi yang marbeles hihihi.. nak tengok resepi asal gi rumah kak hana tau.. ini versi ita punya....

Bahan Kuah Laksa
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
*ita tambah serbuk kari 2 sudu

Bahan Laksa
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan - hana gune mee kuning je
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis


Bahan Sambal Tumis
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...

3 Comments:

  1. Chik Mi said...
    ita sedap aje nampak mee kari nyonya ita ni.nnti akak nk try lar sbb kuahnya tu masuk kesum kan
    blogresipi said...
    Wow... cantik n menyelerakan je mee nyonya kak ita neh... udang pon posing menarik je atas tue... mintak semangkuk!
    Juwita Jamaludin said...
    to kak mimi.. ye kak masuk daun kesum sedap kak lain sikit rasanya

    to ijan.. ambik la ijan hihihih

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG