06 June 2009

Sate Goreng



Lama dah teringin nak buat sate ni.. Semalam Fathnin bising kata nak makan sate hihihi.. Fathnin macam tahu-tahu je mama dia pun teringin makan sate.. Ita buat sikit je tak confident nak buat banyak takut tak jadi.. tengok-tengok sedap la plak.. tak cukup.. minta maaf la pada orang sebelah makan sate tak bagi.. heheheh... Papa Fathnin rasa tak caya je ita buatkan sate.. hehehe kalau kat Msia tentu gi order je... resepi asal dari bro rozzan kat myresepi.. tapi c& P dari dapur kak hana.. kak hana.. lagi.. hihihihi.. jangan mare ye kak.. hahahaha

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu/kambing/ayam (dihiris nipis)
–gunakan daging batang pinang / daging goreng

Bahan Rempah
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ inci kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
(kisar semua bahan dgn sedikit air)

5 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
(disangar sebentar lalu dikisar halus)

150g gula pasir
150 gm gula ’timbang’ (gula hitam/dark brown sugar)
2 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara
Gaul semua bahan-bahan lalu perapkan selama kira-kira 5 jam atau 1 hari. Kemudian goreng daging dgn minyak yg mencukupi (agak banyak dan menutupi daging satay tersebut).

Nota :
Jika anda suka satay yg agak garing, gorenglah lebih lama sedikit. Kalau tidak, gorenglah sekadar daging tu dah masak jer. Masa menggorengnya sekejap jer sbb daging goreng ni lembut.

Anda juga boleh mencucukkan daging ke lidi-lidi satay utk dibakar di atas bara api. ( ita cucuk juga tapi goreng je tak de bara api...)

2 Comments:

  1. blogresipi said...
    Sedapnye sate buat sendiri... kite kat sini makan satey kotak dari thailand je.heheh
    Juwita Jamaludin said...
    tula nak makan kena la buat sendiri.. buat sikit berebut makan.. heheheh

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG