03 June 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake



Salam semua. Sejak akhir-akhir ini cuaca di jepun ni macam tak menentu je.. sekejap panas dan sekejap hujan. Tapi minggu ni hujan je.. Basuh baju pun tak berapa kering. Bila cuaca macam ni kena jaga kesihatan anak-anak sebab dalam keadaan cuaca tak menentu senang je badan tak sihatnya.. Alhamdulilah anak-anak ita sihat hanya Fateh hidung berair sikit. Kelmarin sempat juga melawat anak kawan masuk hospital disini disebabkan demam dan jangkitan paru-paru. Moga keadaan anak kawan ita cepat kembali sihat.

Semalam jalan-jalan dapur izah nampak kek ni. Ramaikan kawan-kawan yang dah cuba. Ita je baru nak cuba. Kek yang warna coklat ni memang kegemaran fateh dan fathnin. Jadi tak rugi cuba. Lagi pun suka kek ni sebab memang moist, senang nak buat dan tak guna telur. Ita buat bentuk cupcake. Saja ubah selera. Boleh juga nak buat bentuk bulat bagi yang gemar.

Untuk resepi ini ita ambil di blog Izah, resepi asal dari dapurku sayang @ dayang jack. Thanks ye . Ita panjangkan disini.


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack


bahan-bahan : loyang 6-7 inci


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :

  • Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  • Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



20 Comments:

  1. nuwairani ismail said...
    ramai yg dah cuba, tp sy belom lg...tgk rupe pon dah tau moist. kalau buat dlm cup kecik2 mcm tu senang nk makan.

    bestnye dpt tinggal kt jepon...sekarang da nk masuk musim panas la kan?
    mIeruLskYd said...
    suke tgok cupcake itu ni .. simple n cantik.. pic ita pun dah semakin pro skrg.. bila tgok lama2 trasa pulak nk makan coklat cake.. urmmm...
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    musim x cihat la k.ita ...si adam 3 hari x leh youchien demam sampai 39 taw.. baru oke just batuk x ok lagik...wah terserlah kecomelan MECC nie..oishii sou :))
    dZana said...
    ita .. akk minta maaf.. atas tu komen akk yer...
    Lovely Kitchen said...
    ita!!!! lamanya x dtg sini...gmbr makin cantik la...sukee!!! bila balik mesia?
    izahdaut said...
    wah.. comelnya buat dalam cc ni.. siap ada toping pusing.. hehe.. kala anak2 tengok ni sah sah suke
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    pantang betul bila tengok makanan yang bercoklat ni. tambah2 muffin ita ni. dah pandang, renung samapi nak terkam jer. memang suka ni Ita. bilalah nak buat agaknya.
    Ayu said...
    Assalam ita, cantik & sedap nampaknya kek ita ni..comel lote akak tengok..very nicelah i like..
    Juwita Jamaludin said...
    Nani.. Akak ikut suami belajar je nanti balik msia balik... Free2 try kek ni sedap tau
    Juwita Jamaludin said...
    Kak zana... Biasa2 je kak kamera murah tu... Tyla ibgat siapa tadi rupanya akak
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu tula kena jaga anak2... Takut juga on off panas sejuk ni
    Juwita Jamaludin said...
    Kak ena.. Balik thn depan insyaAllah .. Tula lama akak menghilang
    Hanis MY said...
    Choc cake mmg fav hanis! nanti nk cubalah kalau ada masa...thanks Kak Ju
    Juwita Jamaludin said...
    Izah.. Tula saja nak bagi berselera buat pusing2 gitu.,.

    Kak CT dah buatkan kek ni... Ita je ketinggalan kak...
    Juwita Jamaludin said...
    Kak ayu.. Ye kak buat comel2 gini senang nk mkn... Sedapkan kek ni.. Akak pun dah buatkan
    Juwita Jamaludin said...
    Hanis jgn panggil kak ju.. Ihiks.. Panggil kak ita je... Cuba la kalau free..
    cucu nenek di liverpool said...
    Salam..mm menggiuurkan.. Seb baik dah pernah buat ni kalau x rasanya terus kuar bahan2 buat kek ni
    aeshcame said...
    looks delishhh~~ hehe byk pulak terserempak with eggless choc cakes lately~~ have yet to tried it..
    Amie said...
    assalamualaikum,
    nampak cantik2 belaka hasil masakan di sini...mesti sedap kan...he he salam kenal dr kak amie, dah follow ita yea..
    sue-sama said...
    akak...kalau sy dpt g jepun okt ni..sy mcm nak cari akak je...nk suh masakkan...

    rase teruja tgk blog akak ^^

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG