Alhamdulilah berkesempatan juga nak pergi tengok Shibazakura ni.. walaupun pada mulanya macam tak de rezeki je.. Shibazakura ni adalah rumput yang ditanam dan hanya akan kembang setahun sekali je macam musim bunga sakura.. ia biasanya kembang bermula pada pertengahan bulan April hingga hujung bulan Mei.. jadi kami mengambil peluang untuk pergi tahun ni. perjalanan dari Yokohama ke kawasan ni hanya 2 jam sahaja dan tiket untuk masuk ke kawasan ini adalah 500 yen bagi seorang dewasa dan 500 yen untuk parking kereta.
Hanya tahun ni bunga ni kembang kurang cantik sikit ( dilihat dari pemerhatian dan dalam website pun ada tulis). Tambahan waktu kami pergi tu gunung Fuji tu malu2 plak nak menunjukkan diri.. sedangkan sepanjang perjalanan cantik je permandangannya.
Shibazakura ni ada pelbagai warna pink, putih, ungu muda pun ada.. jadi bila ia berselang seli tu nampak cantik sangat.. tambahan ada tasik yang ditengah-tengah taman ni.
Labels: tempat dilawati
ye kak.. tula cantik.. dekat la juga.. kalau waktu winter nampak fujisan dari kawasan rumah ita ni..
kak ieda.. ada rezeki nanti leh gi.. ita ni pun sebab dah duduk sini tu yg jalan tu