18 January 2012

Pau 3s- Pau Sedap, Senang , Simple


Salam semua. Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk berkongsi cerita disini. Cuaca di Yokohama masih lagi sejuk. Terkadang bila malam dah tak sanggup nak keluar rumah sebab nak mengharungi cuaca yang sejuk. Nak kata duduk dirumah tak sejuk tak juga, tapi disebabkan dirumah memang akan pasang pemanas (heater) jadinya tak la terasa sejuknya dirumah. Berbanding dengan anak-anak suka je dengan cuaca sejuk, nampak tidak ada beza walaupun keluar malam tetap gembira berlari-lari, hanya mama diorang ni yang tak tahan kesejukkan walaupun ini adalah tahun ketiga ita di bumi matahari terbit ini.



Hari ini ita sempat membuat pau 3s yang ditayang di blog izah.Nama 3s ini adalah kerana pau ini senang, sedap dan simple.. nama ni kak Maz tuan punya pau yang beri..:) hari ini juga ita ada tempahan nasi lemak bersama ayam goreng berempah dari seorang kawan ita berpangkat kakak disini jadinya ita hantar pau ini juga. Beliau banyak sangat beri semangat pada ita tentang page 'simple homemade cake'. Terima kasih kak atas sokongan dan kepercayaan pada ita ye. Bagi ita pau ini lembut tambahan ia hanya mengunakan tepung gandum sahaja. Untuk intinya ita menggunakan kacang merah. Hanya perlu diingat adunan ini agak lembik jadi untuk membentuknya lumurkan tangan dengan tepung dan pegang adunan tersebut.

Untuk resepi ini, resepi asal dari kak Maz @ilham dapur tapi ita ambil di blog izah . Terima kasih pada kalian moga perkongsian ini memberikan kebaikan buat kita semua.



Pau 3s


Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun boleh
110ml air sedikit suam- masuk sikit-sikit pun tak pe
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam


inti secukupnya sama ada kacang merah, kelapa, kari atau apa-apa inti yang disukai.
kertas untuk melapik pau boleh menggunakan cawan kertas.


Cara
1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit- sikit supaya tidak lembik.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.


20 Comments:

  1. Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    sihat ke?? Lama kak Nur tk singgah sini...waduh mlm2 tengok pau jadinya perut yg lapar...tengok pau kacang pulak tu..lagi la berlagu perut kak Nur.Kak Nur mmg suka pau kacang.
    quinnie said...
    kak ita..saya pun suka kat pau 3s ni..senang dan sedap..:)

    pandainya akak buat inti kacang...teringin la...huhuhu
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita...
    rajinnya ita buat pau... cantik jer licin tgk kulit pau tu... cantiik!!
    Nadz Nazharzan said...
    Assallamualaikum Ita..
    Best dapat makan pau yg tengah suam2 di musim sejuk kan.. Rasa nak makan satu dan satu lagi dan satu lagi..heheheh..
    Kak Sam said...
    Alamak ita dah buat. Akak sedang berkira2 nak buat tapi sampai bila nak kira pun tak tau.
    Unknown said...
    Sedapnyer mkn pepagi dengn Pau nihh....
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    geramnya akak tngk pau yg gebu ni, kuih kegemaran akak tapi malas nak buat...bila tngk ni teruja betul nak membuatnya..comel2 kuih pau tu mcm tuannya..kalau akak kat sana mesti nak order je malas nak buat sendiri..he3..
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    sedapnyer kak itaaaaaaaaa
    bila posa2 ni mmg tgk semua terlioq
    teringin nak buat...hope mood rajin ader nak bikin nnt ngeee
    Pen Biru said...
    terstop kat sini sbb aura pau yang kiut tu..mmm sedap
    Kamalia said...
    kak ita..betul la,mmg senang je resipi ni...nnt nak cuba jugak..cantik je kulit pau tu,geramm.:)
    mummyseri said...
    wah sana sini pau..best ni ..kite beli jer intinya kalo kacang..kalo buat sndiri lagi ok kan..
    Wanieyra said...
    Salam Ita..

    Sekali tgk best je pau tu tapi nak membuatnya agak liat sekarang ni.....singgah makan kat sini jelah
    Mas said...
    ita...cantikknya pau...
    putih melepak suci jerk...
    hmm..mas pun dah lama tak ngepau....
    tunggu datang seru la..he3
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    K.ct ni suka makan pau, tapi pernah buat pau tu ak menjadi sampai sekarang macam fobia nak buat. Tapi suka tengok kawan2 semua buat elok jer..

    Ita buat pau ni naik gebu jer, sesekali nak cuba lagi, mana tahu kali ni menjadi kan :)
    izahdaut said...
    assalamualaikum.. lama rasanya tak ngomen kat sini. ita. kalau mak saya kata ni, 'tangan berhalus' sebab pau nampak comel je mulat2. geram je tengok. sedap pau ni. saya suke kegebuannya tu
    Gee® said...
    gebunya pau...comel dan mesti sedap kan...
    Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...
    Sukaa resipi pau ini...simple dan pau jadi cantik
    Chik Mimi said...
    Assalam ita wah pau 3s bestnya cantik pau ita
    Ummi said...
    Assalam Ita, amboii cantiknya pau tu..suka akak tengok.. Ita, bz wat kek tempahan, sempat lgk mengepau...salute la kat Ita.. ^__^
    kurus said...
    aloor tgk macam lembutt aje ju ..
    tabik lah kat ju nie
    rajin dan pandai buat

    hurmm comel2 lak tuu .. geram lak trgk ekkeke

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG