06 July 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis



Salam semua. Tengah buat apa tu.? bagi yang terfikir-fikir menu apa nak masak untuk hari ni boleh la rapat-rapat di blog ita ni..:)Mana tahu dapat idea ke. Ini adalah menu semalam ye ita masak untuk makan tengahari. Lama dah simpan resepi ni asyik telan air liur je tengok kawan-kawan buat kerabu ni.

Ita ni jarang sebenarnya beli tomato besar selalu suka beli mini tomato je bukan sebab apa tomato besar beli bila nak betul-betul guna je takut cepat busuk tapi kalau mini tomato tu tahan lama sikit. Untuk buat kerabu ni cantik kalau guna tomato yang besar dan ranum jangan dah terlalu masak.




Ita dan suami kalau tentang kerabu suka sangat. Makan boleh ratah macam tu tambah kerabu yang sedap macam ni lagi la berebut makan. Menu ini akan buat lagi dan lagi sebab sedap tau. Tambah bila tergigit ikan bilis dia .. krup krap krup krap bunyinya.. Bagi yang suka pedas boleh la tambah banyak-banyak cili dan bagi yang suka masam-masam leh picitkan lebih lemon tu..:)

ok la resepi ni dari kak hana blogger masak yang terkenal tu.. sepi je blog kak hana sekarang .. busy je nampaknya bila dah mengajar.. ( risau saya plak jadi macam tu nanti..Sob sob.. sob..) Ok la saya share disini ye kak.. terima kasih




Kerabu Tomamto Ikan Bilis


Bahan-bahan ( 3-4 org )

* 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
* segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
* 1/2 biji bwg besar - dihiris
* 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
* 1 btg serai - dihiris
* garam
* gula
* jus lemon - optional
* pak aji - klu suka
* Ita tambah daun kesum 5 helai lebar ..

Cara-cara

1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bahan2. perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih masam boleh letak jus lemon lebih.
2. Dah siap! bleh la dihidang.....

27 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak! dtg pagi2 sebelum kesibukan nanti nii hihihi... kerabu tu kak kita makan gitu jer kak tak yah nasik2 hihihihi...
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    menun diet...ayu suker bangat...sedapkan makan ngan nasik panas2 :D
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    adeh pepagi dah error type
    MENU la...:D
    HaSue said...
    ita ada tanam daun kesum yer? sedap nih ratah gitu2 aje..kat umah nih bebudak x pandang kalo wat kerabu2 ni.hehe
    AZLITA AZIZ said...
    salam Ita..
    menu sihat sesuai sangat tuk org yg berdiet..
    Gee® said...
    adoiiii...kerabu la pulak... buat buka pose ni mesti sedap...sesuai sangat la tok org yg dah byk kolestrol cam k.gee nih...heeee
    Kamalia said...
    salam kak..dtg nak mntk kerabu sikit.xpenah buat lg nih..ni siyes penin kepala nak msk ape tuk lunch.
    Mas said...
    ni satu lagi menu yang tertunggak...
    tak buat2 lagi..
    sedapnya tengok kerabu tu...
    izahdaut said...
    memang sedap kan ita. saya tambah bunga kantan sikit.. wallaaa bestt
    Hanis MY said...
    wah boleh cuba ni... sungguh menyelerakan... bertuah hubby and anak2 akak...
    Ayu said...
    akak pun suka kerabu toamto ikan bilis ni..sungguh mneyelrakan kalau tak ada lauk makan dengan ni aje dah cukup kan ita..uish kecur ni..
    Sheila Shafeareen said...
    salam sdp kerabu tomato o pernah buat...mkn gan nasi panas2 atau meratah saja pun lg sdp kan.
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    Salam Juwita...

    akak belum try lagi kerabu ni.. padahal boleh dikatakan bahan2 memang sentiasa ada kat rumah tu.. hehe.. selalu tomato besar tu suka buat ulam gitu je... tengoklah ada kerajinan bolehlah cuba kerabu yg nampak sedap ni.. akak pun 'antu kerabu' gak tau... sedapnyerrrr...
    nOOrsha said...
    sedapnyeaa!~ mmg suke kerabu ni..byk kali dah buatttt..... cantek arr ita hidang dlm mangkuk tomey2 tu... suke tengok :)
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    kalau dah namanya kerabu mesti buat air liur meleleh kan..hihihi.ni tengah taip pun leh telan2 air liur ita..hihihi.

    tengah tunggu buah kuini masak sikit depan rumah tu, nak gak buat kerabu kuini nanti.
    Kak Rosaliza said...
    Assalam ita. akk pun suka ngan kerabu tomato ni, sedapkan
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. tula hubby akak makan gitu je siap kata kenapa buat sikit

    ayu kalau makan nasi panas dah tak jadi diet dah hihihii
    Juwita Jamaludin said...
    hasue.. ye kat sini ada tanam tapi bukan kat rumah baru rumah lama dulu.. so nak amik gi situ je

    kak ita ye kak sesuai kak
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee... tula kak buat tak rugi punya.. saya suka kerabu ni

    lia tu la pening ye.. jalan2 blog kawan leh dapat idea
    Juwita Jamaludin said...
    mas wajib buat mas.. sedap tau

    izah tula ita letak daun kesum sedapnya
    Juwita Jamaludin said...
    hanis.. biasa je hanis kena masak .. lagi pun saja main masak2 rasa happy je

    kak Ayu.. sedapkan.. ita pun suka kak nanti akan buat lagi dan lagi
    Juwita Jamaludin said...
    kak sheila.. tula sedapkan kak ita pun suka kerabu ni

    kak madiha kena buat kak sedap tau rugi kalau tak buat
    Juwita Jamaludin said...
    sha murah2 je mangkuk2 tu..;::) sedap kerabu ni sha.. ita pun suka

    kak Ct tula namanya kerabu sedap ye kak.. alamak suka nya kuini.. nak juga kak sebiji
    Juwita Jamaludin said...
    kak rosaliza.. tul2 saya suka juga sedap.. akan buat lagi dan lagi
    Diana @ Melley Mey said...
    kerabu nie nampak sedap ler ita... sukanya akak ngan resipi nie.. mkn gitu jer sedap nie kan ita
    Ariani said...
    terliur lak nanie tgk kerabu nie..nti ley la wt menu diet..hehe..ley kn k.ita..(^_^)
    sue-sama said...
    sdap di makan ketika nasi panas2 kn akak :)

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG