07 June 2011

Puding Coklat Sos Kastad


Salam semua. Terima kasih bagi kawan-kawan yang sudi datang dan jengok blog ita ni. Blog ni hanya sekadar mengisi masa yang ada sambil mengecapi kepuasan diri dalam bidang masakan. Ita tak pandai memasak sebenarnya tapi ita tak pernah malas untuk mencuba resepi baru sambil-sambil ia juga boleh dijadikan hidangan untuk keluarga. Seronok dan puas rasanya bila menu yang dicuba mendapat pujian dari orang yang tersayang dan lelah memasak tu jadi hilang..:) moga perkara2 yang baik sebegini akan sentiasa berkembang dalam dari ita dan masakan yang dihidang akan mengeratkan lagi kasih sayang keluarga ita.. InsyaAllah..

Menu berbuka semalam untuk desertnya ita buatkan puding ni. Ita buat 1/2 adunan je. Fathnin asyik berulang je makan puding ni sampai mamanya kena sorokkan sikit untuk papa dan mamanya buat berbuka. Puding ini kaya dengan rasa coklat dan gabungan diantara sos kastad dan coklat tadi amat sesuai. Sedapnya terasa-rasa ditekak. Puding ni hasil geledah didapur ika.. sebab sebelum pernah nampak ramai juga kawan-kawan yang dah buat. Thanks ika.. akak simpan disini ye...


PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack

sumber : Arah

Puding Coklat :

  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)>>yg ni kita tambah coklat hersey syrup
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
ara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

26 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    ayu bab dessert mmg suka giler la akak...sebab tue dalam badan penuh ngan gula nie hikhik...sedapkan makan waktu panas....heaven sangat...copy leh try nanty :))
    Hanis MY said...
    suak jugak dessert huhu... ala takde serbuk agar2, nanti nk suruh mama pos hehe, thanks for sharing kak ju...
    nuwairani ismail said...
    konfem la penuh dgn rasa coklat.siap taruk sebijik coklat lg kt dlm tu...yummy!
    Kamalia said...
    kak ita..sedapnye.nmpknye akk pun dah cuba gak.nyum..nyum..nak buat gakla..
    Ayu said...
    Assalam ita,
    waduh kecurnya akak tengok puding ita ni..akak dah masuk list lama dah..tapi sampai, teman2 yang ada dah buat lebih dari 2-3x akak masih belum terbuat2 juga...sedap nampaknya tu ita..
    Wanieyra said...
    salam ita..
    dah ramai buat dessert ini, ira je belum lagi....
    anie,Nagoya said...
    smpi kene sorok tu.nak buat jg le.(tekan breakkkk......bila masa lak nak buat tu anie?hihihihi....insyAllah...nak cuba nnt.
    izahdaut said...
    ita.. kreatifnya buat senget mcm tu.. sedap puding ni. saya suke!!

    ita.. kalau tengok awakkan, mesti teringat kat kak yatie us.. ngapa ek? muka mcm ada iras la.. hehehe
    K.Nor said...
    wahh cunnyer!! sedap3..

    betul la kata izah tu.. tiap kali tengok gambar avatar ita tu mesti teringat yatie.. mesti tenung lagi sekali.. betul2 cam muka yatie.. ingatkan k.nor sorang jer rasa cam tu.. rupanya izah pun :)
    Ida,Japan said...
    mengancam abis la puding ita ni...sedapnyer Ita, lama lagi ke kat Japan?
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    kak ct dtg lewat sikit ni. Tu gelas puding berderet2 ada simpan tuk k.ct tak? bak ler segelas puding tu sedapnyaaaa.
    Antan Bertingkah said...
    Salam kenal Ita.. akak follow n link ye... sedapnya tengok puding tu...
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu.. Memang akak pun suka dessert2 gini.. Dirt pun lari hihihi
    Juwita Jamaludin said...
    Hanis.. Agar serbuk yg leh mkn ada jual sini... Nanti akak upload gambar...
    Juwita Jamaludin said...
    Nani.. Itu saja nak nampak cantik konon hihihi
    Juwita Jamaludin said...
    Lia .. Memang tak rugi cuba.. Akak sgt suka
    Juwita Jamaludin said...
    Kak ayu buat la kak sedap bagi tekak ita.. Nanti nak buat lagi
    Juwita Jamaludin said...
    Ira.. Buat jgn x buat tak rugi cuba..
    Juwita Jamaludin said...
    Kak akie lrh cuba nanti kak.. Cari
    masa ye
    Juwita Jamaludin said...
    Izah memang ramai kata gitu muka nak
    sama...
    Juwita Jamaludin said...
    Kak nor.. Hihihi ramai kak nor kata gitu.. Kembar
    Juwita Jamaludin said...
    Ida.. Mungkin sampai next year kot
    Juwita Jamaludin said...
    Kak ct dah anis kak siap kena sorok lagi tu... Hihiii
    Juwita Jamaludin said...
    Thanks kak yus.. Nanti ita jln2 blog
    Along Maklong said...
    salam ziarah dan follow dari maklong..
    mizz-siti said...
    Ita, cemana buat puding tu jadi bentuk camtu eh? Am beralun gitu..?

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG