12 June 2012

Coklat Cupcakes Tema Princess


Salam semua. Hari kedua bagi minggu ni moga kita diberikan kesihatan yang baik hendaknya. Entry ini adalah entry berjadual sementara pagi tadi ada masa ita buat entry ini sekali. Di Simple Homemade Cake ita suka jika dapat tempahan kek , cupcakes dan pastry.. seronok je nak mengeluarkan idea dan menterjemahkan pada kek atau cupcakes. Tapi kadang bila tempahan banyak pening juga memikirkan temanya dan kurang juga idea ni. Alhamdulillah tempahan cupcake ini ita dapat awal dan ita punya masa untuk mencari tema yang sesuai diatas permintaan penempah.


Tema yang diberi berwarna pink dan ala-ala princess. Jadinya setelah mencari idea ita cuba buat yang terbaik dari ita walaupun masih banyak kelemahan dimana-mana. Seronok sangat bila penempah berpuas hati dan ita pun gembira. Walaupun buat cupcakes ini mengambil masa disebabkan hiasan diatas cupcakes tersebut perlu dibuat satu dan mengikut kuantiti yang ditempah tetapi apabila siap dan melihat hasilnya kita akan tersenyum puas.Alhamdulillah..:)


Untuk isi didalam cupcakes ini disebabkan untuk dimakan oleh kanak-kanak, jadi penempah meminta kek coklat. Kali ini resepi yang ingin ita kongsikan adalah resepi kek coklat Munira Baharom. Ramai yang telah mencuba resepi ini dan rata-rata yang mencuba menyatakan ke ini lembab dan menepati cita rasa.. Untuk resepi ini ita intai di dapur kak nieza Finland. Ita kongsikan disini pula.


Kek Coklat Puan Munira Baharom

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak 

Cara-cara
Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:
 3/4 cawan tepung gandum
 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Cara-cara
 semua bahan di atas diayak

 Bahan C:
4 biji telur - pukul hingga kembang

Cara membuat:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap. ( ita bakar dan ita buat dalam bentuk cupcakes.)



14 Comments:

  1. εïзmmyHazaεïз said...
    alololo comel cc k.ita..
    εïзmmyHazaεïз said...
    This comment has been removed by the author.
    Asmara said...
    kreatif sgt ita! yg penting rasa keknya yg sedap tu kan!
    emilia said...
    Wah. Cntiknyer.tahniah k.ita dgn bisness n dah mula msuk penerbitan. Pencapaian yg Sgt mengagumkn. Emi lame dah xaktif berblog.huhu..k.ita Balik msia nnti buat kls ekk..tringin nk bljr cara mndeko2 kek
    FnF Simple Life said...
    comel sgt cc ita
    Shahriah Abdullah Novelis said...
    SAngattttttttttttttttttttttt cantik!!! dan menarikkkkkkk!!! so sweetttttttttt... leka memandang tak berkelip mata ni hah! serius terbaik!!
    Nur-nba said...
    Comelnya cc ni.. Memang kreatif sangat~~.. Mesti ramai yg order lagi cc ni..
    MamaFaMi said...
    Alahai, kalau mama dapat cupcakes ni, mama belek belek dulu... agak-agak dah puas membelek dan mengadmire kecomellannya, baru la dimakan. Nak makan pun sikitttt sikittttt sikittttt je... selo and steady! :D
    hana said...
    kiutnyer cc tuhhh! ita mmg kretip n metip la! suker akak tgk hasil tgn ita.. mmg cantik dan kemas..
    Nuwairani said...
    comelnye! siap kasaut bagai lagi ha.... kalau org keras tangan mcm nani ni konfem la tak jadi semua tu.
    Qasey Honey said...
    aduhhh sgt comeiii n cantik cc tu...geram tgk..kaler pon sgt lembut..suka..suka...rajin sgt2 Ita ni..
    kurus said...
    kagum dgn hasil kerja tangan tina lahhh .. geram akk tgk cc semua nie ;)

    wahh dah start scull yee .. suke je fathini .. ;) dpt kawan baru ye
    Mamasya said...
    Salam Ita.alahai comei2nya cc tema princess ni....yg ada kasut tu cute sgtttt....kreatiflah Ita.
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    cantiknyaaaa..kaler yang sangat memikat sebab PINK fav colour suka..sukaaa!

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG