10 June 2011

Serimuka Durian


Salam semua. Semalam tengah rehat-rehat tengok FB sekejap. Bila buka je baca status kak hani beli durian 980 yen kat Ito yokado. Alamak murah tu.. selalunya durian susah jumpa lepas tu mahal pula. Jadinya bila dah tanya kak hani ito yokado mana dia kata area rumah dia yang dia beli tu.. tapi dikawasan rumah ita ni pun ada Ito yokado juga jadinya suami ita ni memang penggemar durian, ita bagitahu je dia dan dia nak pergi beli. Dah malam dah waktu tu saja katanya kalau ada beli la.. Dipendekkan cerita, dah habis durian yang kami nak beli tu tapi ada durian yang mahal dan besar dalam 2990 yen. Mula tak nak beli sebab mahalkan. Dulu ita pernah beli juga tapi 2500 yen je. Tapi suami kata nanti teringat-ingat nanti tak jumpa lagi susah...( macam orang mengidam plak..:) jadi kami tutup mata dan beli je.

Bila balik apa lagi kenduri durian la. Yang pastinya keputusan beli durian ni memang tepat sebab tak pernah lagi dalam hidup kami berdua ni makan durian yang tebal isi macam tu.. tebal sungguh. Dah la tebal sedap plak tu kami makan 7 ulas je sebelah durian tu dah kenyang... sambung lagi makan esoknya sebab tebal jadi cepat sangat kenyang. Disebabkan tengok rumah kak zana ada tayang serimuka durian ita ambil sikit untuk buat serimuka ni. Ita buat loyang kecil je separuh adunan ni. Buat banyak-banyak pun tak leh sayang durian buat kuih.. hihihihi ..:) jadinya terhasil la serimuka durian ni. Sedap serimuka ni, ita bab serimuka suka tapi tak suka makan banyak-banyak sebab pulut takut angin... jadi la kuih untuk menu berbuka puasa semalam.

Ok kita tengok resepi serimuka ni ye ita ambil dirumah kak zana. Terima kasih kak .. ita simpan disini ye... Alhamdulillah merasa makan serimuka durian.




SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima
Dari : Inspirasiku

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
(Saya alaskan loyang dengan plastik , kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)- ita buat macam kak zana


Bahan-bahan
Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
(Saya satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus)- ita buat macam kak zana
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..





Bunga ni dari kak ummi blogger masak-masak yang ita kagum... ita tempak kat sini ye kak..

18 Comments:

  1. Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    sihat ke?? Lama kak nur tk singgah rumah Ita nie...rasanya mcm dh berwajah baru...tul tk?? Cantik bloga Ita nie.

    Wah ada serimuka durian...febret kak nur ini...hehe...nak sepotong boleh??

    Ita,resipi asal dari Rossya fotopage...hehe jgn marah erk,nanti kena jual.Kak nur just beritau aje for sharing, to appreciate owner of recipe aje.
    Kamalia said...
    kak ita,poskan derian kat sy ni ha..kuih tu xdpt pun xpo, nak derian jek.aritu tgok 3ribu yen tu.kulit pun mcm dah kering,kesian derian tu,xde org beli..huhuhu
    Cendana Kasih said...
    waaa...best la dah dapat makan durian kan.. usah kata kat Jepun, kat KL ni pun mahal durian, tapi disebabkan akak dah takde kg halaman, mahal macam mana pun, kalo dh teringin nk makan, kena la beli. Kalo tak, hidu bau jer laaaa
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    derian yg k.hanie beli tue mmg murah giler susah nak jmpa rega mcm tue kat sini...nnt nak p terjah ito gak kot2 la ada down price ker...but kat jusco memang almost ¥3000 la...oishii sou..bak sepinggan kat kami d sini :))
    ijayuji said...
    Salam kak! waahhhhh org yg kat siam pun pyh nak jumpa derian lembik2 gini akak yg duk kat jepun pun leh jumpa hihihi... serimuka mmg fev kita tak jemu mkn serimuka :-)
    dZana said...
    aslmkum ita.. dah mjadi serimuka ita.. cantik ...akk punya ada sikit lagi..
    Hanis MY said...
    sedapnya...hanis suka kuih ni...

    p/s:wah senior hanis rupanya di utm hanis grad 2003... teringin nk g yokohama....
    Wanieyra said...
    salam ita..

    ira mmg teringin nak makan kuih ni tp HB kita ni entah bila nak beli durian...mahal betul buah ni kat KL ni. MAsa kat kg tak sempat nak beli...
    izahdaut said...
    itaaaa..
    sedap sri muka durian ni.. trasa2 pulak nak makan durian bila bace cerita ita makan durian isi tebal ni. hehhe
    Ida,Japan said...
    sedapnyer serimuka ni ita, beli durian frozen kn...
    Amie said...
    assalamualakum,
    belum pernah rasa serimuka durian... nanti musim durian di sabah nak buat gak...
    Juwita Jamaludin said...
    kak nur.. ita ikut resepi yang dipost dirumah kawan2.. ita dah check semua tulis dari rima..

    lia.. nanti bagi tau ye kalau betul2 nak akak poskan
    Juwita Jamaludin said...
    kak nooorma.. tula kak kat sini kena gak beli walaupun mahal.. huhuhuu kalau kat msia syoknya

    Ayu.. tula sayang ooo durin buat kuih.. tapi nak buat gak.. ihik
    Juwita Jamaludin said...
    Ika.. tula kena gak pilih2 yang lembik tu uuntuk blender yang keras2 sikit tu masuk mulut..

    kak zana.. hihihi ita buat sikit j kak sayang durian
    Juwita Jamaludin said...
    hanis nak datang yokohama mari la tapi takut juga nak ajak orang hubby takut busy

    ira.. tapi tak semahal kat jepun kot.. ni pejam mata je beli
    Juwita Jamaludin said...
    izah.. tu la kami n hantu durian teringin nak makan beli je la..

    kak ida.. tu la kak tak semopat nak frozen. hihhi sedap kenduri
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. cuba la sedap tau
    mizz-siti said...
    ita, achu pun dah try resipi ni..refer resipi kat blog ita..memang sedap serimuka ni...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG