Salam semua. Moga hari ini membawa keberkatan pada diri kita. Sebenarnya masih belum sempat-sempat nak memilih gambar waktu perlawanan badminton ditokyo kelmarin. Waktu taip entry ni pun berebut dengan Fateh sebab waktu tengah buat entry ni dia terjaga dari tidur. Biasanya ita memang kalau nak masukkan entry kena tunggu dia tidur sebab kalau fateh jumpa laptop mesti nak main starfall atau tgk cerita kegemaran dia kat youtube..:) jadi bila dah tengok laptop alamatnya susah la ita nak suruh dia makan ke apa.. sebab asyik nak mengadap tu je...
Ini menu minum petang semalam. Memang lama dah masuk list nak cuba kuih ni. Tapi belum berkesempatan.. suka sangat tgk kuih ni kat rumah kak ummi, mulus je kejadiannya.. ita punya perlu diperbaiki lagi... ganbatte ne ita.. ita tak buat inti ketayap iaitu inti kelapa.. sebab asyik makan manis je nanti kencing manis plak .. jadinya ita tukar dengan inti serunding.. yummy.. sebab suami ita memang suka kuih yang pedas... kalau jelly tak leh la nak buat pedas ye tak.. hihihi tapi kalau jelly dia suka plak yang manis...:)
ok la mari kita tgk resepinya.. untuk resei ni dapat sikit je tambah amat mencabar nak buat nipis tu yang ita dapat sikit kot... dapat lebih kurang 9 ketul je.. Fathnin yang makan banyak tanpa inti.. sedap dan cantik mama kuih ni dia kata.. ihhihihi.. kembang sekejap mama dia..:) ita simpan disini ye resepinya kak ummi
KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home
yang tulisan warna merah tu semua tip dari kak ummi ye untuk rujukan ita akan datang..:)
Bahan A
Labels: kuih muih
sangat cantik la kuih kak ita ni~
ita cantik kemas nyer polkadot yang awak buat neh. kalau bebudak tengok ni mesti teruja tengok dot dot ni.. kadang2 teruja je lebih, makannya idak bebudak ni.. haha
kamalia.. takde maknanya kadang tak juga bagi jiran.. hahahaha.. tapi memang ada jiran leh hulur2kan...
kakpi baca tipp yang kak ummi tulis tu mesti jadi .. ita ikut yang tu je
salam kenal kak aimie.. ye kak terima kasih
http://shiawasemrsbangpek.blogspot.com/