12 June 2012

Fathnin Di Darjah Satu Sekolah Jepun

Barang-barang keperluan sekolah
Salam semua. Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menaip disini hari ini. Hujung minggu lepas hari yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti tak sempat sangat nak jenguk blog. Bagi kawan-kawan yang singgah di blog terima kasih moga ada kebaikan yang dapat kita kongsi bersama.

Ta sabar nak keseolah dan waku ni sakura tengah kembang mekar
Hari ini sekadar nak masukkan beberapa lagi album gambar yang terdapat dalam SDcard ni. Memang banyak sangat gambar ada didalamnya jadi kena letakkan disini untuk kenangan agar senang nak tengok kalau tak rasa asyik terperam je dalam tu. Bulan April yang lepas bermulalah sesi persekolahan dijepun ni. Berbeza dengan Malaysia, di Jepun awal tahun bermula pada bulan April. Jadinya Fathnin berpeluang untuk masuk ke Darjah satu sekolah di Jepun ni. Seronok sangat dia memang dah tunggu bulan April ni dari bulan Januari lagi sebab tak sabar nak bersekolah.

Dipintu masuk sekolah

Di Jepun untuk ke sekolah bagi anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah tidak perlu untuk membeli uniform sekolah hanya beberapa keperluan lain sahaja. Jadi nya tiap hari pakai pakaian biasa je. Peralatan yang perlu dibeli adalah seperti kasut didalam kelas, beg sekolah, baju sukan, beberapa beg mengikut kegunaan, dan beberapa peralatan lain yang lebih kurang sama dengan persedian sekolah di Malaysia. Bercerita tentang beg sekolah disini beg sekolah untuk kanak-kanak jepun ni ada yang khas bukan macam beg di Malaysia. Beg disini agak mahal dan biasanya beg ini digunakan hingga ke darjah 6. Bagi ita dan suami kami memilih beg yang mengikut kemampuan kami. Alhamdulillah disebabkan membeli beg di hujung musim dan hari pendaftaran sekolah semakin hampir jadinya banyak juga yang membuat promosi dan kami dapat potongan 80% dari harga asal. Alhamdulillah..:) itu pun jika di tukar didalam RM lebih kurang RM250.


Didewan diberi taklimat

Fathnin bersama sensei kelasnya


Untuk hari pertama persekolahan biasanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berpakaian formal dan ini adalah budaya mereka. Begitu juga dengan anak-anak. Fathnin ditempatkan dikelas pertama. Nama cikgu Fathnin Hoshikawa Aya Sensei. Comel je gurunya. Alhamdulillah Fathnin tidak keseorangan ada Aida kawan Fathnin yang sama-sama dari Malaysia didalam Kelas tersebut. Yang pasti Fathnin sangat gembira bersekolah. Moga Fathnin membesar dengan sihat dan mengutip kebaikan yang ada di sekolah jepun sebelum pulang untuk bersekolah di Malaysia pula.


Fathnin dan kawan yang duduk disebelahnya Mio Chan









11 Comments:

  1. Mamasya said...
    Slmt bersekolah buat Fathnin.tentu seronok dpt jumpa kwn2 baru dan cikgu...moga cepat menyesuaikan diri.lain sesi sek sana, mula April...kalau di Egypt mula Sept.mahal juga harga bag sek kat sana tp kalau tahan berthn2 mmg berbaloikan...
    Gee® said...
    Alahai... dah besar Fathnin... belajar rajin2 yer...
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    berlainan khen cara sek kat sini ngan mesia...dah la hjng bln ni theyols ada test math ngan hiragana ...akak tahu x??
    Ayam said...
    Salam.

    Seronok dapat berpeluang mengikuti cara pembelajaran di sana harap Fathnin dapat sesuaikan diri di sana.
    Shahriah Abdullah Novelis said...
    Wow! Selamat bersekolah Fathin ya.. comelnya dia.. dah besar mesti cantik orannya ni macam ibunya jugalah yaa...:))

    Wahhh beg sekolah tu warna merah!!! suka sangat.. hamboii mahalnya.. dengan beg2 yang lain warna pink tu.. hadoii sukalah Auntie tengok ni.. macam nak join Fathin sekolah aje hehehe..

    Wahhh mesti Fathin pandai cakap jepun ni kan.. bestnya.. belajar rajin2 yaa.. nanti balik m'sia ajar auntie cakap jepun boleh tak??

    All the best! good luck! best!
    yatie chomeyl said...
    kawaiiii baju Fathnin...berkenan aunty tengok, rasa nak jugak heheh
    Nuwairani said...
    konfem fathnin dah boleh cakap jepon fasih sebab selalu bergaul dengan orang jepun. teringin sangat nak belajar bahasa jepun. tapi lagi senang kalau dapat belajar di negara sana la kot. tengok kawan2 cakap jepun rasa macam best je.
    Unknown said...
    macam mana dengan yuran sekolah di sana? masuk darjah satu sama macam malaysia 7 tahun? plan nak buat master kat fukuaka university..
    Unknown said...
    macam mana dengan yuran sekolah di sana? masuk darjah satu sama macam malaysia 7 tahun? plan nak buat master kat fukuaka university..
    Anonymous said...
    Hello, suami saya mungkin akan berpindah kerja ke jepun.Saya nak tanya, macam mana prosedur nak daftar anak ke darjah satu di sekolah sana? susah dan rumit ker? tq
    Amir said...
    Salam sis...fatin dulu masuk kindergarden ke atau terus je masuk sekolah darjah satu?
    Saya menetap di Yokohama, Anak saya berusia 5 tahun sekarang.

    Amir

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG