Biskut raya pertama tahun 2010 ni.. hihhihi.. sebenarnya bukan tak nak buat biskut raya tapi hari tu mak mertua dah bagi biskut raya dah ada lagi sikit baki2 nya tu.. jadi bila tanya husband dia kata terpulang la kalau nak buat buat sikit dan yang anak2 suka makan. Kalau ikut selera kami ni suka biskut yang berkacang jadi cari2 resepi berminat nak buat biskut suji pelangi ni.. cantik dan tentu sedap. alhamdulillah sedap dan sebanarnya tinggal beberapa ketul je lagi.. sebab buat satu adunan anak2 dh usung balang dari siang semalam lepas je siap dan semalam pun ada buat terawih kecil kecilan dengan jiran2 kat sini ada hidang sikit so tinggal sikit je lagi hiihiihi.. pagi ni buat satu lagi biskut sebab tengok bahan semua ada kat rumah ni iaitu chocolate oatmeal cookies .. nampak best je.. resepi ada di bawah ye..
Biskut suji Pelangi
sumber kak fida Myresepi.
Bahan-bahan ( 40-50 keping )
- 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
- 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
- 1/8 sk garam halus
- 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
- 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata )
- pewarna merah,kuning,hijau
- Secukup gula halus - untuk tabur
- secukup paper cup
Cara-cara
-
Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
-
Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
-
Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
-
Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
-
Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
-
Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.
Chocolate Oatmeal Cookies dari sini
dari blog aishashaheer
Bahan-bahan
- 90g butter
- 25g gula perang
- 25g gula halus
- 1 biiji telur (60g) - kocok
- 1 sk esen vanila
- 1/4 sk garam
- 100g tepung gandum
- 100g oatmeal - hana campur nestum
- 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk
- 50g walnut - cincang - juga tak letak
- 60g chocolate chips
- 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah
Cara-cara
- Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
- Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
- Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
- Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
- Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
- Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
- Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
- Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.
kak ita xbalik beraya kt Malaysia ke?? hmm, buat r biskut cornflakes madu, konfem, xsampai sehari habis dimakan!! hehe~
kalo rajin, sggh2 r kt blog Fiq, nak follow pn xpa, hehe.. Fiq dh follow k.ita, jgn lupa cerita smyg raya di perantauan~
salam dari malaysia~
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ita sefamili ya! Have a blessed Raya! :D
Selamat menyambut lebaran buat akak dan famili..maaf kan kite kalau ada salah silap sepanjang kenal ni ye kak... :)
Tentu rasa rindu nak rasa ketupat dan makanan raya kat sini kan..
nanti kalau rajin nak buatlah kukis lagi..
kamalia.. tula saja je bagi meriah sikit.. lagi pun memang resepi gitu
thanks love.. thanks for the wishes..:}
to ijan dan kak ina selamat hari raya ijan dan kak ina..