07 June 2012

Bluberry Cheese Cake



Salam semua. Selamat pagi. Pagi-pagi ita dah menaip disini, Alhamdulillah tugasan untuk pagi ini dah selesai, Fathnin pun dah ke sekolah sarapan pagi pun dah masak.. Bersarapan apa hari ini kawan-kawan, sambil menunggu kain didalam mesin basuh berputar ita masuk satu entry untuk mengurangkan gambar yang terperap dalam SDcard tu. Rajin ita ye masukkan entry akhir-akhir ni :)..



Alhamdulillah minggu ini memang minggu yang agak free bagi ita.. walaupun ada juga tempahan tapi tak banyak seperti selalu, jadi sempatlah ita berada depan komputer lebih sikit masanya. Papa kata waktu tak sibuk ni lakukanlah apa-apa yang ia dah tertinggal dan nikmati lah ia...:)   Kali ini ita sekadar mahu bekongsi resepi blueberry Cheese Cake yang ita gunakan di Simple Homemade Cake. Ada satu lagi resepi Blueberry cheese cake yang ita dah masukkan dalam blog ini, tapi ini ita masukkan resepi yang lain pula. jadi boleh pilih untuk menggunakan resepi ini atau yang satu lagi. Blueberry Cheesecake ini adalah secara bakar. Kek ini di Simple Homemade Cake adalah kek kedua yang paling banyak ditempah selain Supermoist Chocolate Cake with Cheese and Mousse. Ita pun suka resepi ini sedap dan memenuhi citarasa ita sekeluarga. Alhamdulillah rata-rata penempah yang menempah kek ini berpuas hati dengan kek ini.




Antara Blueberry Cheesecake yang ditempah

 Resepi ini adalah dari AlongRoz myresepi. ramai yang telah mencuba resepi ini dan rata-rata berpuas hati. bagi sesiapa yang ingin mencuba, boleh la mencuba dan ia agak mudah. Terima kasih dan ita kongsikan disini pula ye.


BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan-bahan ( 23cm )

 BASE:
110g Butter - cairkan
200g Biskut digestive -  ita guna biskut yang ada coklat sikit
50g Almond flakes - toast - ita tak guna

FILLING:
500g / 2 buku Cream cheese
30g Butter
120g Gula Kastor
1 lemon - grate kulit; perah jus
30g Tepung jagung - ayak
200ml whipping cream
 4 biji Telur - pukul sedikit
150g Blueberry pie filling- ita guna 2 sudu je

 TOPPING: 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2 30ml Air
150g Blueberry pie filling

Cara-cara

  1.  Hancurkan biskut ; gaul dgn bhn2 base. 
  2. Chill sehingga di perlukan. 
  3. Pukul cream cheese ; butter sehingga smooth. 
  4. Campurkan gula, parutan ; jus lemon ; tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. 
  5. Campurkan  whipping cream ; pukul lagi sehingga pekat. 
  6. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama. Tuangkan separuh adunan ke atas base. 
  7. Ratakan blueberri ( yang ini ita masukkan dalam adunan) ; tuangkan baki adunan. 
  8. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. 
  9. . Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok. 
  10. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar ; campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake ; sejukkan sebentar
  11. Hias mengikut kesukaan.

14 Comments:

  1. kurus said...
    ya allah haven nyaa dikk kalau dpt nikmatinya pagi2 nie huhuhu
    dapurCikWan said...
    salam kak ita. ;) cikwan belum pernah cuba buat cheese cake bakar.versi chill je yang selalu cw buat tu pun stakat stoberi dan mango je. blueberi payah gak nak dapat kat kemaman ni tapi cheese cake akak tu sungguh menggoda.. ;))
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    dah gaya macam kek yang beli kat SR ni kaka...bravo sangat bangga akak dah terror sgt ni
    adda syuhada said...
    SR pun kalah klu cmni...cantik betul n simple deko kek ni..sukerrr sgt..
    Asmara said...
    boleh cuba yg ni pulak, tp choc moist cheese tu mmg sedap giler. thanks idea ita!
    Mamasya said...
    Salam Ita. kek blueberry sudah pasti sedap.....tambah pula dgn deko yg cantik.....suka tengok!
    sabar dubai said...
    salam kak ita...kite buat blueberry cheeesecake arituh ponnn masih terasa nk makan..ni tgk kek akak plakkk adoii rs nk buat lg jee
    Norliha Samad said...
    Rajin betul...
    Kerja tangan yang kreatif, cantik hasilnya tentu rasanya pun sedap.
    Nur-nba said...
    Salam.. Kek yang sangat cantik dan mengancammm... :)
    DeLancrettLurpak said...
    Kak Ita,

    Kak Ita kan jual kek ni kan, mcmana kak ita bake ni, bake atas cake board tu terus ke or lepas dah bake kak ita pindahkan ke atas cake board tu? Sebab kalau lepas masak, takut la pulak kek tu pecah masa pindah kan, atau sebenarnya cake board tu boleh masuk oven? Jawab tau soalan saya ni, sebab mmg saya mencari jawapnnya, hehe.. thanks Kak ita
    FnF Simple Life said...
    salam Ita...baru nmpk resepi ni kat blog Saba dubai...kali ni disini pula... kompem sedap... cuma nak buat utk makan sendiri tub guna 500g krim cis... rasanya bila ada gathering nnt nk buat juga utk merasa...tq 4 sharing...
    quinnie said...
    sedapnya kak ita....saya ni suka makan tapi tak rajin nak buat kek sendiri..hehehhe..kalau dah teringin sgt2 baru la buat...:)
    Sue @ Nenie said...
    Salam Kak Ita...nampak pun menarik..pasti sedap ni
    Qasey Honey said...
    sedap yer kek ni...nk cuba jugak la nti...nmpk pon mmg sedap...deco kek yg simple tp cantik...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG