02 November 2011

Pavlova



Salam semua. Moga hari ini ceria-ceria hendaknya. Alhamdulillah kita dah melangkah ke bulan November. Cepat sangat masa berlalu tinggal lagi kurang 2 bulan tahun 2011 akan meninggalkan kita. Muncul tahun baru 2012. Sebagai manusia kita tak sabar dengan masa. Terkadang ingin cepat masa itu berlalu dan terkadang bila kerja banyak dan tak cukup masa nak disiapkan, rasa biarlah masa lambat bergerak. Itu la manusia sangat tidak puas itu dan ini...:)

Hari ini ita merajinkan diri untuk cuba buat resepi yang lama sangat ita ingin cuba tapi belum sampai seru kata orang..:) Kebetulan tempohari ita ada beli strawberi sebab bagi ita kalau nak buat pavlova ni kena gunakan buah yang masam-masam contohnya strawberi selain ia mengimbangkan rasa ia juga adalah penyeri sebagai hiasan. Dijepun ni bukan musim strawberi lagi.. jadi agak sukar untuk mendapatkan strawberi sekarang ni. Kalau di Malaysia pada bila-bila pun adakan..:) Jadinya strawberi ni dari US yang ita beli diCostco. Walaupun harganya mahal sikit tapi disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya dan Fathnin memang suka jadinya ita tak teragak-agak untuk membeli.




Ita buat Pavlova ni 1/2 adunan je sebab pertama kali cuba ita takut tak boleh makan tau kurang sedap tapi memang meleset tekaan ita, Pavlova ni sedap sangat dan tak manis sangat seperti yang diperkatakan tambahan ita kurangkan sikit kandungan gula tu dari 1 cawan ke 3/4 cawan. Bila diletakkan buah-buahan diatasnya bersama cream yang diputar membuatkan rasa Pavlova ini amat serasi.



Resepi ini ita intai-intai dirumah Rima. Dirumah rima ni banyak sangat resepi yang menarik gambar pun tergoda sangat tengok. Semalam rumah kak zai pun ada tunjuk juga amat la tergoda dengan pavlovanya dan resepi lebih kurang sama dengan rima ni. Disebabkan lebih kurang dan telah diterjemah dalam bahasa melayu ita ambil resepi dirumah kak zai ye...:) Resepi asal dari Jun@cupkekasi. Terima kasih buat semua.. :)





Pavlova


Bahan-bahannya


4 biji putih telur (120 g)
1 cawan gula kastor (200 g) -
letak 3/4 cawan gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka makan
1/2 tbs tepung jagung-
letak 1 tbs tepung jagung

(tsp = teaspoon)
(tbs = sudu makan)

Hiasan
1 tin pic-
ita guna limau mandarin
1/2 cawan strawberry
1 biji buah kiwi
1 cawan
heavy whipping cream


Cara membuatnya


1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
(akak panaskan oven api bawah sahaja)
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.



30 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Oishii sou
    Mcm nk terjah umah kaka la ni jugak ngeee
    Byk list nk buat if terjah sana ni
    Ada rezeki hjn thn blh jmpa kot
    Ida,Japan said...
    tergodanyer nmpk pavlova ita...k'ida belum pernah buat lagi....stoberry import ke tu ita?
    Fazlinil Irma said...
    kak ita..

    kalau kat jepun ada passion fruit/buah markisa. akak cuba letak.
    err.. sy plak yg terliur sambil menulis. hihii.
    cik cek said...
    Pavlova....emmmm...cantik...menarik...selalu tgk...tak penah makan...apatah lagi buat...he he...mesti sedap ni kan...:)
    Nuridah said...
    Ita,

    first word from akak "cantikkkk" tergoda kak nur tengok...kak nur
    tk pernah rasa pak lova nie...hehe
    mesti ada rasa masam2 dari buah stoberi tu...berkhasiat penuh dgn
    buah2an.
    nuwairani ismail said...
    comel!!! nani nak makan ni tapi taknak buat sendiri, bleh ke? huhuh...
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    cantiknya dan segar mata melihat buah2an tu. ditambah pula dengan pavlova emm..yummy!

    kat M'sia ni buah strawberry merata2 boleh dapat kan. cuma tuan punya badan ni jer yang malas nak buat..hehehe
    ilahjy said...
    salam ita
    cantik la pavlova ita buat tu.. kak dah simpan resepi dah lama tak buat2 juga..seru belum maiii heheh
    naa said...
    comelnyaa.nmpk sedap tu.mintak sikitt.heee
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita..nampak menarik pavlova Ita...baru tengok dapur K.Zai.teringin nak buat tp dok tertangguh sbb tak da buah strawberry dijual di sini skrg..
    Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita...
    waaah... sungguh cantik kejadiannya pavlova tu ita.... sangaaat ler cantiknya...ermm.. akak lom perna lg cuba buat pavlova nie... teringin nak cuba tp smpi skg x buat2 gak.. hehehhee
    kzai said...
    ita..wah pavlova yg gojes dh tersedia dimeja..cantik ita buat guna nozel..pavlova ita x pecah ye... senang nk mkn kalau buat kecik2 mcmni kan...cantik menyerlah...yumyumm..
    Chah said...
    perfect!...sgt mabeles! pavlova ni mmg berantu, asyik teringat2 je kan...dappp!
    HomeKreation said...
    Salam Ita. Cantik nya pattern yg Ita buat. Along ada buat juga ni dulu, memang sedap sangat macam yg Ita katakan.
    dZana said...
    cantiknya ita.. akk tk prnh mkn pvlova .. huuu.. jakunnya.. terasa jugak nk buat.. tpi tk smpai2 seru lagi.. dgn buah2 fresh .. mmg menarik ..
    kasihredha said...
    salam kenal..
    akak dah follow
    cantiknya pics kat sini
    nOOrsha said...
    salam ita.. cantiknye gambo pavlova ni.. kagum btol tau... kite juge yg masih shot x pandai²..hikhikhik.... siyes cantik n menyelerakan :).. klo dkat da mintak sepotong...

    eh lupe nk ty kabar.. pekaba ita? hehe..lame x singgah cn... br balik bertapa la katekan :P
    Intan Suhana Mohamad Rahim said...
    uishh..dh kluar dh pavlova kak ita. cantik akak design. kene masuk waiting list gak ni
    E-na Lovely Kitchen said...
    ita jadi sumber inspirasi k.e-na utk buat pavlova ni...tapi tunggu ichigo murah sikit la..cantik sgt pavlova ita, tergoda sungguh!
    E-na Lovely Kitchen said...
    tersenyum baca message ita kat lovely kitchen ttg rebung...kebetulan tgh smlm k.e-na masak lemak cili api ketam dengan rebung, sblm tu amik gambar rebung yg dlm pack tu igt nak buat n3lah...tup tup ita tanya..hihii mcm tau2 pulak...memang selalu beli rebung tu utk masak sbb hubby peminat rebung...cubalah, ok sedap...
    zurahafiiz said...
    rajinnya kak ita..nanti nak cilok resepi ye akak.ehehe
    ijan said...
    Salam Kak Ita,
    Saya pun dah lama benar masukkan pavlova ni dlm list. sampai sekarang tak terbuat juga. hehe... cantik nye pavlova akak tu. Buat kecik2 ye, sorang ambil satu :)
    ibundo said...
    salam ita,
    nampak menarik sungguh..
    tergoda dah ni.
    Ira said...
    fuyyoh cantik! camne ita buat meringue tu bentuk camtu eh? mcm kulit nenas pulak.. nice one! ira penah buat gak dulu, guna resepi joyofbaking.com masa kat msia dulu tp tak jadi.. tercepat masukkan gula :( so batter tu tak tegap, lembik mcm batter for cake plak.. bila tgk pavlova ita ni rindu plak kat fruit meringue pavlova di alexis & serai.. huhu.. nak buat lah!
    Amie said...
    oooo...ini rupa pavlova ye... memang jakun sangat, first time tengok... merasa belum pernah lagi laa....rajinnya Ita mencuba macam2 resepi ye...
    che mid said...
    Salam kenal, terus jatuh cinta tengok blog ni.. i folo..
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    cantik sesangat! rasanya buat pavlova ni tak sesusah buat macaroon kan? hehehe.. hmmm.. resepi mmg dah simpan.. tp seru belum tibala.. kena tunggu tiupan angin R dululah ni.. tp terpikat sgt ngan pavlova yg ita buat ni..
    Nurul said...
    K Ita... cantik nampak pavlova akak tu... First time tgk kat dapur K Ita Masam Manis... x pernah rasa lagi dan x dapat nak gambarkan camner rasanya tu... cam kena buat juga satu hari nanti... :)
    quinnie said...
    kak ita..saya suka tengok pavlova ni sebab ada byk buah2 kat ats dia...hehhehe
    bopandot said...
    kak ita, sedap pavlova ni..smlm sesuai dh rasa manis nya walaupun akak dh kurang kan gula nya.
    next time nk buat pakai resepi akak la plak..aritu buat guna resepi mane ntah. hehe
    cantik akak guna nozzle, nk kena buat soon ni..! "_"

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG