14 June 2011

Kuih keria/ gelang


Salam semua. Semoga hari ini dan hari-hari mendatang membawakan keceriaan buat kita semua. Semalam tak sempat pun nak letak gambar masakan, baca la cerita tentang zoo tu ye.. mana taknya ambil gambar pun tak berapa nak sempat, hanya gambar kuih keria ni je yang sempat ambil gambar sebab hubby ada rumah semalam dia study dirumah je.. lepas tu melayankan menu dia berbuka semalam habis masak kami keluar sekejap.. balik dah malam tak sempat nak bergambar menu semalam.

Selain buat kuih keria buat juga cucur badak tapi inti serunding je. Sedap ita suka kuih cucur badak gini tak sedar dah berapa ketul masuk mulut. ok la tak nak cakap banyak- banyak tengah malam ni sebab ni pun tengah teman hubby study anak-anak pun dah tidur dapat la mama diorang berblog kejap..:) Untuk resepi ni ita guna resepi ita je yang biasa ita buat..

Kuih Keria

Bahan-bahan

10 biji ubi keledek kecil
1 cawan tepung ( sesuaikan mengikut bilangan keledek)
sedikit garam
1 cawan gula
3 sudu air

Cara-cara
1. Rebus ubi keledek sehingga empuk masukkan secibut garam sewaktu merebus.
2. Setelah empuk toskan airnya dan lenyek ubi keledek sewaktu masih panas.
3. Seteah itu biarkan sejuk sebentar dan setelah sejuk masukkan tepung.
4. Uli sehingga senang untuk dibentuk jika masih lembik tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Bentukkan bulat-bulat setelah itu buat lubang ditengah-tengah seperti bentuk gelang.
6.Setelah siap goreng hingga keperangan.
7. Masukkan gula dan sedikit air didalam periuk untuk membuat air gula untuk disalut diluar kuih keria. masak gula hingga agak likat dan masukkan kuih keria yang telah siap digoreng tadi.
8. masak sehingga gula tersalut di kuih tersebut. angkat dan sedia untuk dihidang.

20 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    kueh peberet ayu nie akak...
    dulu masa kat mesia everyday beli kueh nie...sedap...bila kat nihon buat masa bukan posa (motip semua kueh ayu buat bln posa jer?) hikhik sini ubi keledek manis khen memang sedap.....rajinnyer akak buat :))
    anie,Nagoya said...
    sekom Ita.shat?dgn cuaca tak tentu arah sekarg.simpan baki makanan lam peti ais.kang ada sakit perut.dengar ckp mak ni.hahaha....

    nak berjinak2 wat kuih-muih malaya lah.tak penah buat.sbb takut gerenti tak laku.akan dtg kalo dah buat kene cari penanja nak lakukan kuih ni.kalo dah reti wat kuih-muih ni leh jemput kawan2 jepun bertandang keumah.dah lama tak pelawa mereka.sbb mlz nak basuh pinggan nnt.hahahaha....abaikan kemalasan kanda ni
    Kamalia said...
    kak ita..dtg ni nak kuih ceria.dulu,waktu preggykn Amni,setiap pagi mkn kuih ni..mesti beli,kalu x satu hari monyok.hahaha,melampau punya mengadakan.sib baik ank 1st,rajinla org tu crkan.(rsnye stiap kali preggy pun mmg mengada::p)
    Maira Anjami said...
    dalam kelas tadi sye terbayang-bayang kuih keria..plan nak buat la bile2 nanti..balik2 sekolah tgk kak ita dah jamu mata dengan kuih ni..hehe
    Umie said...
    kak ita, saya kalau buat kuih nie mmg malas la nak bentukkan mcm donut..saya bulat-bulatkan aje...hehehe..
    Wattie said...
    Salam,
    Akak suka sgt ngan kueh keria ni, tp tak pernah buat....masa arwah ibu ada dulu dia selalu sediakan....
    izahdaut said...
    amboi comelnya keria tu posing.. lawa je.. suke tengok..
    lama dah tak makan keria. ada je keledek kat dapur tu..nak membuat tu yang M sikit.hehe
    Hanis MY said...
    my fav! kalau ada masa nk cubalah, kat mesia selalu beli je huhu...
    Juwita Jamaludin said...
    ayu mana rajinnya nak makan kena la buat jadi nampak ada keledek dlm petisejuk tu sebelum makan tong samph baik kita makan dulu.. ihihihiih
    Juwita Jamaludin said...
    kak anie.. belajar kak bagus leh perkenalkan kuih muih kita pada orang jepun.. jangan kata akak kadanmg time M saya datang pun berlambak gak pinggan mangkuk dalam sinki.. kui kui
    Juwita Jamaludin said...
    Lia jangan kan awak akak pun kalau preggy memang ngada2 gak.. huhuhu tambah akak kalau pregnant memang lembik terus jadi apa yang nak makan semua dapat
    Juwita Jamaludin said...
    maira.. hihii akak saja nampak keledek tergolek2 tu yang buat tu
    Juwita Jamaludin said...
    umie.. akak suak juag kuih ni.. aatu buat cucur badak.. kalau bulat2 takpe gak yang nak makan kita
    Juwita Jamaludin said...
    izah.. mana lawa nya lawa lagi izah punya gambar.. ita ni pun takut masuk cik tong tu yang buat cepat izah..
    Juwita Jamaludin said...
    hanis cuab hanis senang je.. hihih
    eni osman said...
    salam juwita...nice blog...dah follow dan linkkan ...tq...
    Nieza said...
    sedapnya kuih keria tu...lama dah tak buat...teringin la pula..hehe
    nuwairani ismail said...
    kak ita! sedapnye! tp belom pandai sira menyira lagi. kalau ada keledek pon, sy selalu buat cek mek molek je. penah makan keledek kt sana yg kaler pepel tu. sedap n manis betol.bila buat cek mek, kelakor je rupenye. heheh
    ieda said...
    aloor suke akak makan nie .. tapi x pernah nak try buat sbb selalu kalau nak memang akan beli di pasar malam dik uhuhuh
    cucu nenek di liverpool said...
    Salam ita, kuih keria ni mmg peberet kp dulu Kini n selamanya. Lebih kurg kuih cek mek molek gak ni. Mmg sukala kuih cenggini, org pantai timurla katakan :))

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG