04 June 2011

Donut mudah Hasue.


Selamat berhujung minggu. Hujung minggu macam ni tentu ramai yang mengadakan pelbagai aktiviti. Esok ita akan ke Tokyo untuk menghadiri perlawanan badminton yang dianjurkan oleh MSAJ Malaysia antara warga Malaysia dan Indonesia Di Jepun. Jadi suami ita saja daftarkan nama ita main bergu campuran dengan suami ita.. Pertama kali untuk ita masuk pertandingan badminton bagi bergu campuran ni. Selalu nya perlawanan yang dimasuk tu bergu wanita dan 2 kali dah pengalaman tu di Jepun ni tapi kali ni untuk bergu berkumpulan bagi perempuan tak dipertandingkan jadinya suami ita ajak untuk main beru campuran.Aktiviti badminton sebenarnya kami main hampir setiap minggu disini. Jadinya suami ita saja je ajak ita masuk.. ihiks.. tak mahu menaruh harapan untuk menang pun tapi akan main sebaik yang mungkin, paling tidak dapat pengalaman dan yang paling penting kongsi minat yang sama bersama suami tersayang.Doakan kejayaan kami ye..:)

Hari ni ita nak kongsikan resepi donut yang bagi ita mudah. Sebab tak perlu rehat lama dan lembut sangat. Suka ita dengan resepi ni. Ita buat satu adunan dapat banyak dan boleh frozen lagi.. Senang bila fateh nak donut je terus je buat.Untuk pengetahuan anak-anak ita ni lain-lain kegeramaran. Fateh suka donut dan kek coklat dan fathnin pula suka puding atau jelly. Jadinya setiap minggu kena la mamanya layankan tekak anak-anak ni. Tapi macam donut ni tak rugi pun buat sebab mudah dan boleh difrozenkan. Bila nak makan je ita hanya panaskan sahaja. Resepi ni ita ambil di myresepi oleh hasue. Thanks ye hasue.. ita simpan disini untuk rujukan ita akan datang.. dan akan buat lagi dan lagi.


sumber :myresepi

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

* 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
* 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
* 50g Marjerin
* 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
* 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
* 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
* 1 Biji Telur
* 1/2 Sudu Teh Garam
* Gula Halus atau topping kegemaran anda
* 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih)
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
7.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

* ita skip proses 3-6 sebab ita guna breadmaker.

18 Comments:

  1. dZana said...
    tmpg bekpes sni jer la.. dpt 2 ketul tertido akk ni.. akk tgh bermalasan ni.. dgn cuaca mendung n sejuk di luar.. hihihi
    ijayuji said...
    Salam kak ita! kita bekpes sini ya :D malas betul nak men donut skrg niii minggu depanlah projek :D ganbare!!!!!! semoga menang perlawanan nanti! :D
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    baru jap masuk dapur Ayu S'pore. mengendeng donat. masuk sini pun ada donat juga. pantang betul nampak donat ni macam nak terkam jer rasa.. hahaha. anak2 suka makan donat, tapi sendiri nak mendonat punyalah malazzzz.. hehehe
    noorsafone said...
    salam juwita...makan donat kt sini..donut yg mudah nak buat kan...
    Love2cook Malaysia said...
    Came to grab some doughnuts dear! Looks so yumm ;)
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    Wah bersemangat Ayu dengar..lama giler x main badminton ....ganbatte yer akak...moga dpt medal if dekat leh gi bagi sokongan...(~_~;)
    Wattie said...
    salam ziarah dan ukhwah serta folo juga
    suka tengok sini banyak makanan
    azian said...
    salam kenal dr saya...

    bestnya kl dapat masak2 mcm nih...gamabr2 dlm blog ni cantik2 laa....i like banyak kalikkk...heheheh


    dtg dr blog kak yati memories...
    Juwita Jamaludin said...
    kak zana sila2.. hihihi tula bila mendung2 best tarik selimut je kak
    Juwita Jamaludin said...
    ikaa. thanks ye... hihihihi saja suka2 je ika.. gambare
    Juwita Jamaludin said...
    kak Ct ita ni pun sebab anak2 suka senang kalau diorang minta tu yang buat tu
    Juwita Jamaludin said...
    kak sofa ye kak thanks singgah blog ita kak .. ita suka resepi ni
    Juwita Jamaludin said...
    love.. hihih dah abis la.. nant datang lagi ye
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. lawak je.. ihihihi saja2 ayu main suami ajak masuk layan kan aje .. akak akan main bersungguh2 esok
    Juwita Jamaludin said...
    watie dan azian thanks ye singgah blog saya nanti saya ke blog awak pula ye..salam kenal
    Nuwairani said...
    x perasan pulak resepi kak sue ni x payah nk perap lama2. so, senang la bg org yg xde masa waktu pagi nk wat sarapan tu.
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    suruh la kawan2 ambek video masa k.ita n husband main nanti..leh gak layan game badminton tue...buat game untuk blogger japan best gak kan...hikhik
    Unknown said...
    amboi... orang sini pun dah buat..bilalah akak nak buat ni...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG