Salam semua. Terima kasih bagi yang sudi jenguk dan singgah di blog ita ni. Bagi ita blog ita adalah terapi yang terbaik buat masa ini untuk Ita sebab dengan nya blog ini ita curahkan apa yang ita ingin pertingkatkan kemahiran dalam diri ita, kemahiran memasak, kemahiran mengambil gambar, kemahiran menulis walaupun terkadang ayat macam lawak je bila baca balik.. tapi ia mengajar ita kreatif untuk melakukan sesuatu tambah bila masak, mengambil gambar Ita ingin menyampaikan sesuatu itu dalam keadaan terbaik bagi kemampuan ita. Ita amat gembira dengan apa yang ita lakukan setelah seharian dirumah melayan anak-anak dan duduk saja dirumah bila pandang je blog ita ni dan kawan-kawan yang datang rasa happy tak terasa kosong tanpa aktiviti.
Terkadang ia juga mengajar ita untuk lebih bijak menguruskan masa agar tidak lengah sebab bukan senang nak ada komitmen dengan blog ni dengan nak masukkan entry dan melawat hasil kerja kawan-kawan blog yang lain. Seperti yang ita bagitahu sebelum ini melawat blog kawan-kawan dengan membalas setiap komen diblog mereka adalah tanda terima kasih kerana sama-sama berkongsi kegembiraan dan kesukaan yang sama...:)Walaupun kadang ada juga suara-suara yang kurang sedap didengari namun blog ini adalah terapi buat ita jadi ita biarkan saja suara-suara yang kurang sedap didengar tu..:)
Nasi kebuli adalah menu berbuka puasa semalam. Seperti yang pernah ita katakan sebelum ni ita memang suka masak nasi berperisa ni. Seisi keluarga memang mengemarinya. nak masak pun mudah.. ita buat sikit je untuk makan sekali je waktu berbuka. Sedap nasi ini. Suami ita pun kata sedap. .. Alhamdulillah suka bila masakan yang dimasak disukai oleh suami dan anak-anak.
Untuk gandingan dengan nasi kebuli ita gandingkan dengan ayam goreng tandoori, dalca daging dan acar mentah. Okla jom kita lihat resepi nasi kebuli yang ita ambil dirumah kak ummi dan resepi asal dari tulip.
NASI KEBULI
Untuk membuat mengikut bilangan isi rumah perlu la diubahsuai sendiri..
Bahan-bahan:-
Untuk Hiasan:-
Bahan giling:
Cara Memasak :
bau semerbak sampai ke penang.courier boleh? sedapnya kalau dapat berbuka dengan nasi kebuli ari ni.
nampak pun dah tau mesti sedap ni... akak lom pernah merasa lg nasi kebuli...
first time dgr nama nasi kebuli..nasi dan ayam tu sama menggoda:))
terima kasih jugak buat kak ita kerana rajin melawat blog nani yg tak seberapa itu..belom ada masa lagi nk salin kulitnya. heheh...
ermmm ita nie memang pandai memasak dan rajin lak tuu :)
kak amie belum pernah buat nasi kebuli tapi selalu tgk dlm majalah resepi, rasa nak cuba buat, esok balik lewat, lusa kena siapkan slaid show, Jumaat datang boss baru - buat presentation, Sabtu... ada larian 1 Sukan 1Malaysia 1Minit, Ahad....insya-Allah....
roses.. jauhnya nak courier..:) dah habis la.. thanks ye jenguk blog saya
kak ita ye kak ita pun suka juga
ika ye ika.. sedap tau nasi ini tak rugi cuba .. wah buat dgn basmati lagi la sedapnya
sha.. leh je ita guna beras thai j en bukan basmati pun..:)
nani.. awak pun sama thanks kembali.. ni akak tak guna basmati pun.. tak de stok kat umah guna beras thai je
umie mana rajinnya memang kena masak hari2 tu yang buat special sikit kadang2 je
kak amie sibuk ye.. ita balik msia nanti tak tahu la sempat ke tak masak gini.. sibuk macam akak agaknya
kak gee. .. menu jepun ita masak yng simple2 je kak
Sedap2x... blm pernah cuba lagi nasi kebuli kalau tak silap... tapi bila tgk jejes ah air liuq mama siap ngan ayam grg tandoori...
terliur wehh...
sedapnya nasi kebuli tu...kecur kak nur kat sini...akak baru mkn goreng pisang aje nie...hehe...juling mata kak nur tengok nasi mu itew