Salam semua. Semalam dalam tengahari lepas ajar anak-anak ada masa free sekejap. Sebenarnya tak plan nak mencuba resepi yang baru semalam sebab saja nak rehat-rehatkan diri setelah penat menguruskan urusan rumah tangga. Tapi rasa kosong plak sebab tak tahu buat apa. Jadinya cakap pada Fathnin jom kita buat kek. Fathnin bab tolong buat kek ni memang dia suka.
Mulanya terfikir-fikir kek apa nak cuba ni sebab ada dalam list yang nak dicuba tu beberapa kek yang ita belum pernah buat. Akhirnya ambil keputusan nak cuba chiffon kek. Sebenarnya ita takut nak cuba chiffon kek ni sebab pernah buat sekali dulu dan hasilnya bantat.. :( jadinya bila nak cuba lagi jadi takut je tambah kek chiffon ni memerlukan penggunaan telur yang banyak. Tapi bila fikir balik bila lagi ita nak sahut cabaran tu semula, practice make perfect right.. jadinya ita sahut cabaran tu semalam. Ita buat pun 1/2 adunan je.. tak nak makan kek banyak-banyak takut mok mok....:) ini pun bagi separuh kat kawan sebab nak pulangkan bekas dia.
Alhamdulillah sedap sungguh kek ni. Lembut gebu dan ringan. Lepas masak waktu angkat loyang tu rasa ringan je. Suka.. walaupun kejadian pelanginya tak la secantik kek kak azlita tu.. cantik sungguh..:) Tapi bagi Ita yang amatur dalam bab masak memasak ni rasa dah jadi pun rasa syukur... Lega hati.. Ok jom kita tengok resepi kek ini yang ita ambil diblog kak ita dan telah dialih bahasakan oleh kak ummi sebab sebelum ni kek ini resepinya ditulis dalam bahasa inggeris..:)
Untuk resepi ini ita guna loyang bulat saiz 6 inci dapat tinggi kek dalam gambar tu...:)
Kek Chiffon Pelangi
Di terjemahkan oleh : Kak Ummi
sumber : Masam manis
Bahan (adunan kuning telor) :-
- 50 gm. gula kastor
- 20 gm susu tepung
- 20 gm tepung jagung
- 140 gm tepung
- 1 sk. baking powder
- 100 ml minyak sayur/minyak jagung
- 100 ml santan (akak guna santan kotak)
- 140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-
- 300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
- 150 gm gula kastor
- 1/2 sk. garam
- 1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (*akak buat 3 warna sahaja - merah, stawberi n plain)
- 1/2 sk. pes pandan
- 1/2 sk. pes strawberi
- 1/2 sk. pes coklat
- 1/2 sk. esen vanila
Cara Membuat:-
- Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
- Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
- Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
- Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
- Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). Note: Jika ikut Rima, dia membahagikan dulu kesemua adunan putih telor dan adunan kuning telor kepada beberapa bahagian mengikut warna yg akan digunakan sebelum dicampurkan dengan warna2 tersebut.
- Kemudian masukkan juga esen vanila kepada aduann plain, kacau sebati jugak.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
- Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.
Semasa ambil gambar ni ada yang komplen mama ni asyik ambil gambar kek je.. Ambil la gambar Fathnin juga dengan kek tu..:) jadi layankan si anak dara ni..:)
mmg sedap kalau cipon2 ni kan. lama dah tak mencipon..lawa kek tu..suke tengok
cantik kek kak ita. jelas ketara kegebuannya...kek chiffon ni makan sedap.tak muak.tapi nk buatnya tu bukan senang...
sungguh enak nampaknyer...but ayu diet cake...hentak kaki...
cantek sungguh anak dara k.ita nie leh buat calon menantu :D
kek tu pun nampak sedap.. cantik n tergoda tgknya tau...
gamabr pun very nice..
anak dara dah besar dah akak tengok..sekejap aje rasanya. ya..
tu anak dara sape tu.....
comeiiiiii....manisss
Lembut nampak kek chiffon tu, akak pun pernah experience benda yg sama macam Ita, sampai sekarang tak pernah buat dah......heeeee tp keinginan nak mencuba tetap ada
p/s: org len seme panggil kak ita hanis je panggil ka ju hehe, takpe ke?
Tasty Appetite
nani betul takut nak buat sebenarnya tp kena berubah tu ug buat tu
kak diana.. Thanks ye.. Dia memang suka bergambar tu yg nak interprame tu
sha.. Buat la sha srdap tau
kak ayu.. Ye kak nak masuk 6 thn dah
Kak ida dia memang suka nak interprame..ihik2 dia la kwn kat umah dgn adik dia
masuk 6 thn umurnya.. Thanks ye
kak wattie.. Ye kak alhamdulillsh jdi kena pastikan betul2 peak untuk dpt kek yg gebu
Jay.. Thanks ya
Kak dzana tula kak.. Sedap kek nikan.. Mkn tak ingat dah berapa ketul
Lia .. Dia memang suka bergambar.. Tu yg tersenyum je tu.. Sedap kek ni nanti leh buat ye lia