02 June 2011

Puding Roti Sos Kastad


Salam semua. Moga hari ini dan hari seterusnya memberikan keceriaan pada kita semua. Harini ita nak kongsikan bersama resepi puding roti sos kastad yang ita buat kelmarin. Seperti biasa entry-entry yang ita buat ni autopublish jadi tak la siang-siang hari ita sibuk nak mengadap laptop aje. nanti tak jadi kerja sebenarnya.. sebab leka.. Tapi kalau nak jalan-jalan blog orang selalu ita guna iphone je.. kalau siang hari tu banyak urusan yang perlu disiapkan .. dengan nak ajar anak2 dan urusan rumah tangga yang tak selesai2.. jadi biasanya ita masukkan entry bila semua urusan dah siap dan malam bila anak dah tidur baru seronok mengadap laptop.. Ada juga kawan-kawan yang kata rajin ita ke dapur lately ni.. ihiks,.. bukan dulu tak rajin, rajin juga tapi tak rajin ambil gambar.. alhamdulillah lately ni rajin la sikit nak bergambar makanan2 tu.. suami pun galakkan hanya pastikan kerja rumah dan anak-anak beres. tak tahula sampai bila rajinnya ni.. sementara rajin ni baik kita cuba resepi2 yang ita suka nak cuba.. sebab ita tak pandai masak.. tapi suka cuba resepi... mana yang jadi share disini yang tak jadi simpan-simpan sendiri la..:) banyak plak melalut ni..

Okla untuk resepi ni sebenarnya tak plan nak buat. Tapi tetiba tengah kemas-kemas barang di atas dapur nampak roti yang nak expired pada hari ita buat puding ni.. google resepi berasaskan roti jumpa resepi ni.. sebab kalau tak asyik buat agar2 roti je.. hari ni cuba plak resepi ni.. Alhamdulillah sedap puding ni dan ita suka.. rasa serasi bila makan dengan sos kastad tersebut tambah sejuk-sejuk.. ok la untuk resepi ni ita ambil di dapur kak hana dan resepi asal dari maya zakry.. ita panjangkan resepinya disini..

Bahan-bahan

  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad-
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.



17 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak ita! kelakar kan eak hihihi... dah panas mesti resepi puding jd pilihan :D sini mendung tp panassss sgt! kat sana dah panas kan kak? ni suami kita ni kurang kerja, ada ke bulan ni dlm 21hb kalau tak silap dia g fukushima huh! masih takut dgn keadaan kat sana lg dia sibuk nak kesana urusan kerja :D
    izahdaut said...
    sama la. kadang2 sambil nyusukan dak kecik sambil beriphone bw.senang. tapi tak berapa puas la kan ita. hehe.
    cantik puding tu posing.. i likee
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    ayu selalu buat puding roti sos vanilla...yg sos kastad x pernah buat lagik...budak2 suka kan puding nie :))
    εïзmmyHazaεïз said...
    best jek tengok ita decokan makanan2 .. hehehe sedap puding roti tu.. pernah buat sekali jek hari tu.. :)
    mummyseri said...
    Kak juwita,salam kenal kite link akak yek..
    cantek tgk kek alunan akak tu :)
    puding tu pon best ..
    KakAsma said...
    akak pong nak buat gak ler puding roti nih..akak suka tapi tu arr nanti akak jea yang belasah..
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam Ita...
    mama masih blm pernah buat bread puding..maklum kat sini kalau manis2 ada sikit slow..nnt silap2 mama yg kena bedal seorg!! Tak mau lah nak kena jaga berat badan yg angka dh mula naik nih..hehehe :)
    Hanis MY said...
    owh tidakkkk sy nk pengsan! wahhh nampak sgt sedap tgk gambar tu rasa makan kat restoren mahal je...
    Bibu said...
    betul tu ita.sementara...smentara kita tgh rajin ni.tayang apa yg boleh.hihihi...n masa tgh rajin ni, jangan tetegur.kang terbantut semangat tu.kan?kan?kan????.....
    Unknown said...
    waduh sungguh menyelerakan....yum3x...
    Nuwairani said...
    sungguh english design puding ini. suke sgt2 piring yg petak2..gayanya ala2 hotel gitu...bila la agaknya sy nk pandai deco2 mcm kak juwita
    Juwita Jamaludin said...
    salam ika.. memang bab puding ni memang rumah ni tak pernah menolaknya.. rajin tak rjin je nak buat.. ihihi

    izah.. tul tu kadang tak puas juga.. tapi nak buak laptop nanti anak2 nak juga main komputer lagi tak jadi kerja
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu akak tak pernah plak buat sos vanilla.. boleh la cuba nanti.. tentu sedapkan

    mummy haza.. saja je tak pandai pun.. nak juga belajar2... :)
    Juwita Jamaludin said...
    mummyseri salam kenal thanks ingah blog akak.. cuba la buat kek tu sedap tau..

    kak tu la tu yang taknak tukan.. nanti kita yang mok mok.. hihihihi.. ita kalau anak2 tak makan sangat ita buat 1/2 adunan je
    Juwita Jamaludin said...
    mama puidng ni tak manis sangat .. ok je.. hanya pastikan mama jangan buat manis kat sosnya tu...

    hanis mana ada dik.. biasa2 je.. tapi puding ni sedap tau
    Juwita Jamaludin said...
    kak anie.. yekak takut terbantut tu yang tak mahu,, hihihhi.. bila la nk buat mac macam akak ni..

    papa mif.. ye sedap tau cuba la buat..ihiks
    Juwita Jamaludin said...
    nuwairani.. ala semua orang leh buat kalau ada bahannya kan.. leh belajar sikit2 akak pun baru nak belajar..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG