Salam semua. Hujung minggu yang meletihkan baru-baru ni. Dengan cuaca panas badan seakan cepat letih. Ita ada aktiviti untuk dua hari ini. Agak pack juga setiap hari balik agak lambat bila dah balik lambat dan badan terasa letih terus je nak tidur je rasanya. Rasa panas yang mencengkam tidak dapat menggambarkan bagaimana kami hendak menghadapi bulan Ramadan nanti.. Moga kami sekeluarga terus kuat untuk menjalani rukun Islam ke 3 itu.
Bila panas-panas ni nak makan pun tak berapa selera. Tapi ita mood nak mencuba resepi dan masak-masak tak pernah luntur. Jadinya sekarang amount yang dimasak dikurangkan sedikit. Takut membazir pula. Tadi dah habis buat kerja rumah ita mula memasak didapur. Nampak pisang diatas meja dah ranum sangat. Takut nanti bagi cik tong makan plak. Sayang je.. jadinya ita cuba fikir apa nak buat dengan pisang tu. Teringat kek pisang marble coklat yang ita nampak dirumah kak Azlita tempohari. Jadinya ita cuba buat.Ita buat 1/2 adunan je seperti dicadangkan oleh kak Ita sebab untuk resepi ini adunannya agak banyak. Untuk family kecil dicadangkan untuk buat 1/2 adunan je.
Bagi pengalaman ita yang dah buat kek ini jika ingin mendapatkan kek yang agak tinggi boleh la gunakan loyang yang agak kecil dari 6 inci. Ita guna loyang bulan 6 inci dan dapat rendah sikit keknya seperti dalam gambar tu. Kek ini lembut dan mudah dibuat tak perlu banyak karenah..:)
Okla jom kita lihat resepi bagi kek ini yang resepi ini ita lihat dirumah kak Azlita dan ita ambil dirumah Nieza dan resepi asal dari chef zubaidah dan olahan dari kak wattie. Terima kasih semua.
Resepi : Chef Zubaidah & Kak Wattie
Bahan-bahan:
250g tepung naik sendiri - ita guna tepung gandum
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis -
50 g susu cair / air -
90 g minyak
1 sb choc emulco
250gm pisang emas dilecek (lebih kurang 5 biji)
Cara-cara:
1) Pukul semua bahan kecuali minyak dan pisang lenyek hingga gebu dan pekat.
2) Masukkan pisang dan gaul perlahan. Last masuk minyak. Gaul guna spatula/whisker.
3) Ambil 1/2 adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
4) Untuk Dapat marble yang cantik letak 2 senduk kecil adunan pitih ditengah-tengah kemudian letakkan 1 1/2 senduk kecil adunan coklat . Buat hingga habis. ( ini cara ita ye)
5) Guna acuan 10 x 10inc - 175 c - 25 min @ hingga masak
Labels: Kek
Syg nyer nk mkn sbb lawa sgt
Mmg bila panas badan jadik letih sgt kan
Mkn vitamin sama kak...x pow mkn unagi selalu
cantik kejadian kek belang tu...presentation pun cantik...dpt masuk seketui dlm mulut lagi cantik...sedap aje mengunyah...hehe.
Akak suka kek ni teksturnya lembut dan rasanya pun sedap! tak jemu makan.. kebetulan akak mmg suka kek pisang.. dan ini adalah salah satu kek kegemaran akak...
suka sgt tengok kek pisang tu... belang2nya kelihatan unik, bukan saja suka tgk, makan pun tersangatlah sukanya....
Cantiknya belang2 kek ni..tengoknya pun dah tau sedap. Kena masuk list ni, dah request kt hubby suruh belikan pisang.
nampak pun lembut gebu jerk...
wah nampak sungguh sedap, lembut gebu dan menggoda jiwa & raga akak ni..belang2 tu cantiklah dear..terpingin pulak nak makan kek belang2 dah lama tak buat marble cake..
Bila tengok adik2 buat kek ni, macam nak buat gak. Tapi kang buat anak2 tak pemakan sangat. kak ct lah yang kena habiskan sampai 2 hari dok dlaam tupeware tu..hihihi.
InsyaAllah ita, semoga bulan Ramadhan nanti ita dapat sempurnakan puasa dengan baik dan dipermudahkan segalanya..aminnn
nieza.. thanks ye share resepi nya.. tula sedap.. keknya lembut
yg cara akak tu means buat ulang2x mcm tu sampai habis adunan lah ye? td dah beli pisang..nnt la nak buat kek nie..nak bg jiran...ehhehe
thanks nani.. tula harap kami tabah.. rasa lain kan panasnya tu awak pergi bahagian sejuk tu
saba... wah bagus joging malam2 cantik kek awak yela macam berjanji je kita ni
kak amie.. bua kak sedap kek ni.. ita suk akak
kak yatie.. tula kak sedap je masuk mulut tak sedar berapa ketul
kak zai.. tula makan kalau mengadap tak ingat berapa ketul masuk.. :)
kak yat. thanks ye
mas.. sedap kek ni mas tentu dah buat kan
izah.. awak dah buat ye.. sedapkan kek ni
hanis try la buat hanis sedap gak
lia.. ye lia hujung 2dah berat ye.. sabar ye sikit je lag pasni leh bersalin dah
kak Ct tula ita pu sama kadang tapi kek ni nasib seisi rumah makan kak...