01 June 2011

Strawberry Yogurt Jelly



Salam semua. Sebelum musim strawberry di jepun ni berakhir jadi ita cuba buat resepi jelly ni. Itu pun jumpa strawberry ni di kedai sayur baru-baru ni. Sebab lepas ni tentu susah nak jumpa strawberry yang fresh dah. Harga strawberry ni pun masih murah lagi ingat dah hujung-hujung dah mahal. kalau buat jelly yang pink-pink ni fathnin amat suka. Tambah letak strawberry lagi la laju dimakan. Belum jelly ni keras asyik tanya pukul berapa jelly keras mama. Jenuh juga ita nak menerangkan pukul berapa jelly tu keras :) ita kurangkan sedikit jumlah susu tu sebab ita nak buat agak keras sikit je tak la goyang inul sangat nak dihidang secara terbalik macam dalam gambar tu. resepi asal dari dapur blogger tersohor mat gebu. Thanks mat ita panjang resepinya disini ye.

Sumber : Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan air
3/4 camca teh jelly powder (mat guna Konnyaku)
100 gram gula
50 gram coffemate
1 camca teh strawberry emulco
1 bekas yogurt strawberry = 135 gm*
Susu sejat secukupnya*(*dicampur hingga mendapat sukatan 1 cawan)- ita buat 3/4 cawan

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Tuang air ke dalam periuk, masukkan gula dan jelly powder, kacau rata dan masak hingga suam. Masukkan coffemate, kacau hingga larut. Masukkan bahan2 lain, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.
2. Tuang dalam bekas pilihan, biar beku dan hilang wap panasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dihidangkan sejuk....hmmmm...

9 Comments:

  1. izahdaut said...
    cantiknya ita jelly ni...
    suke tengok..pink.. bestnya dapat makan strawbery segar2 kan. kat mesia ni mahal nyaaaa
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    kalo benda berkaitan ngan ichigo ni adam mmg suka sometimes sampai ayu naik jemu...last month asyik bikin dessert ichigo jer...smpi menguap pow bau ichigo hikhikhi....mesti sedap nie :))
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    wahhhh...telan air liur dulu, sedap ni ita. kak ct dah buat memang puas hati kan. anka2 pun bertambah kalau makan. cuma tu hari buat sikit sangat macam tak cukup jer..
    Kamalia said...
    ank dara sy pun suka yg ade kaler2 pink2 gini.tp,buah ichigo xsuka,air ichigo suka..nmpk cantik je.patutla fathnin xsbr2 nak mkn.
    Juwita Jamaludin said...
    izah. ye suka jelly ni sebab sedap.. adunan tu dapat 5 bekas ita tu je...
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu.. sama la dengan fathnin suk ajuga ichigo.. selalu eli.. sampai kena sorok sikit untuk mamanya masak2...:)
    Juwita Jamaludin said...
    salam kak Ct.. yeka sedap.. tgk kat blog akak hari tu tu terus terliur
    Juwita Jamaludin said...
    kam.. memang fathnin suka puidng /jelly jadi soalan yang sama je bila buat puding ihihihi
    kzai said...
    salam ita...
    akak mmg suka sgt dgn puding roti..tp akak suka mkn tanpa sos kastard..

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG