21 June 2011

Ayam Panggang Lada Hitam & Taugeh Celur




Salam semua. Semalam ita dah share resepi Nasi Arab yang sedap dan memang dicadangkan untuk dicuba bagi yang belum mencubanya. Nasi Arab tersebut Ita padankan dengan Ayam Panggang Lada hitam dan resepi ini amat mudah dan menyelerakan. Suami ita memang suka ayam yang dipanggang sebegini jadinya ita cuba mencari pelbagai resepi ayam panggang untuk dicuba. Lagipun senang nak makan anak-anak pun menggemarinya.

Resepi ini ita ambil dari dapur kak hana. Ia amat mudah dan menyelerakan. Ita kongsikan disini ye kak..



Ayam Panggang Lada Hitam


Bahan-bahan

* 1/2 ekor ayam size kecil
* *1/2 labu bawang putih- parut
* *2 inci halia - parut
* 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
* 2 sudu besar kicap manis/pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar madu
* garam sedikit
* minyak zaitun

Cara-cara

* Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
* Panaskan oven. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (boleh tukar butter) dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering.



Untuk sayur bagi dipadankan dengan ayam panggang lada hitam ini ita padankan dengan taugeh celur. Resepi yang simple tapi memang menyelerakan. Resepi dari Che iza my resepi.


Taugeh Celur


Bahan-bahan
  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas
  • * 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)
  • seranting daun kesum- ita tambah
Cara-cara
  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

16 Comments:

  1. Amie said...
    terbau ayam pangganglah....boleh temankan 'dia' dgn nasi epal di dapur kak amie nih...
    εïзmmyHazaεïз said...
    sedapnye... teringin nak buat taugeh celur tu.. :)
    Ida,Japan said...
    wahhh...sini ada ayam panggang la..sedapnyer, ratah cam tu pun mesti sedap ni kn Ita.
    HomeKreation said...
    Ita macam nak jamu pengantin - menarik ler persembahan nya.
    K.zai said...
    ita..alahaiii..tergudanye tgk ayam bergolek dlm mangkuk tu..mcm ayam golek p'tin lah it..yumyum
    Mas said...
    perhhh...sedapnya tengok ayam tu...
    terliur dah ni...
    Nuwairani said...
    siap ada kereta kecil berposing sama yg tak tahan tu..adus...mencucuk2 idung je rasa baunya tu...nk gi sana pon jauh sgt. :)
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    adeh terjah umah akak ngan perut berbunyi tgk ayam panggang plak...aduhai menggoda iman betul la...oishii sou :))
    Kamalia said...
    uwaaa.. ayam panggang.sedap sgt ni kak ita..
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    Ayam panggang memang menjadi kegemaran seisi rumah kak ct. Tambah2 anak bujang kat rumah ni memang gemar amkan ayam berbanding ikan. memang menu yang mesti ada dalam setiap hari. kadang2 kak ct sampai tak tahu nak masak apa, asik ayam jer memanjang... hihihi.

    Selalunya ayam bakar ker apa ker memang sedap kan. kak ct pun pernah buat gak resipi dari hana ni memang sedap :D
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. leh hihihi sedap nampak nasi epal akak..:)

    Mummyhaza.. cuba la senang tapi menyelerakan...
    Juwita Jamaludin said...
    kak ida ada kak.. ye kak ita buat ayam besar juga so lepas tu ratah je
    Juwita Jamaludin said...
    along.. hahah saja nak bagi cantik ayam tu mana mcm pengantin.. hiihihi
    Juwita Jamaludin said...
    mas.. ye mas makn dengan nasi arab sedap..:)

    nani jauh ye.. tula kalau tak leh dinner sesama ye
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. haah atula pergi makan ayu.. jagn diet kuat sangat nanti akak jeles,.. hikhik
    Juwita Jamaludin said...
    lia.. hihi sedap resepi ni lia...

    kak Ct ita pun sama beli ikan macam tak jalan je

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG