12 June 2011

Turkish Pide



Salam semua. Mesti hujung-hujung minggu sebegini ramai yang sibuk berlibur bersama keluarga. Jumaat yang lepas ita sempat untuk mencuba resepi turkish pide ni. Memang dari pandangan pertama saja dah jatuh cinta dengan turkish pide ni dirumah kak Ayu. Tapi simpan dulu sebab cheese tak beli lagi waktu tu, 2-3 hari lepas tu nampak plak dirumah ika pula.. kebetulan petang tu keluar sekejap jadi ambil peluang singgah kedai beli cheese. Alhamdulillah hari jumaat sempat mencuba resepi ni. Sedap rasa seperti pizza versi turki. Tambahan untuk buat turkish pide ni cara lipatan roti dan ada tambahan telur diatasnya membuatkan resepi ini ada kelainan.

Ok la jom kita tengok resepi roti ini ita ambil dari rumah ika dan asalnya ita tengok yang mula dari rumah kak ayu. Ita simpan disini ye kak ayu. Resepi asal adari kak diana.

TURKISH PIDE
Recipe: KAK DIANA
Source: CURLYBABE SATISFACTION KAK AYU

Bahan Doh pide

* 480 g tepung roti
* 375 ml air suam
* 60 ml minyak zaitun
* 1 sudu besar yis
* 1 sudu teh garam,
* secubit gula kastor



Bahan Inti pide

* 250 g daging cincang
* 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
* 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
* 2 biji tomato, dipotong dadu
* 1 biji bawang dpong dadu
* 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
* 1/2 sudu teh serbuk cayenne
* 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
* 1 sudu besar minyak zaitun
* 3 biji telur
* daun sup secukupnya, dipotong halus
* garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka



Bahan sapuan pide

* 50ml susu segar
* 1 biji telur

Cara membuat pide


1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.

(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide

1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.


Cara membuat pide

1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
7. Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

18 Comments:

  1. Deliah's Deli said...
    salam ita..tgk pic pun tau sedap..sy mmg suka jenis2 mcm ni..bt bfast sure kenyang smpai tghari :)
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    Oishii sou
    Ni akak uli guna tgn ke BM ek?
    Next month nk g Yokohama, if Ada free time leh jmpa (。-_-。)
    Ida,Japan said...
    Adehhh...Turkish Pide umah Ita pulak..tempting ler..mesti kenyang kalau kena satu biji ni..nmpk sedap..masuk list dulu he.he, tunggu angin meroti dtg semula...
    ijayuji said...
    Salam kak! memang sedappp! kita pun suke! nak buat lagi tp cis tak cukup kena beli cis dulu hihihi...
    izahdaut said...
    waahhh ita pun dah buat la... nak kena mencari tepung roti jugak ni...sedap nampak tu
    Maira Anjami said...
    nampak menyelerakan~
    tapi sye langsung tak berbakat dlm bab2 buat roti nih..xbrani nk cube..hehe..
    dZana said...
    waaa.. msti sedap ni.. akk dah nk masuk ofis esok.. kuranglah brasap dpur akk nnti.. hihihi.. teringin gak nk mcuba..
    Chik Mimi said...
    wah dah sampai ke jepong pizza turki ni ye cantiknya ita
    Kamalia said...
    kak ita..nak jugak.cheese pun dah habis kat umah.cantikla akak uli piza tu cmtu.tertarik sy.konpem ank2 pun sukakan.
    p/s:derian tu xpela kak..sj je aritu,xdela nak smpaikn susahkan akk.aritu balik kg pun dpt mkn.ni biasala,pntg nmpk org ade mknn best,mesti nak jugak..:p
    Hanis MY said...
    wahhh mcm ssh je nak buat ni huhu, nampak sgt sedap tapi belum ada keberanian nk cuba hehe...
    Zuwairi Aiman said...
    Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya :)
    Juwita Jamaludin said...
    kak del.. ye kak sedap suka sangat turkish pide ni..

    Ayu ye akak uli Bm je.. ayu kalau free leh gether2 ye.. akak kena tgk jadual husband dulu
    Juwita Jamaludin said...
    kak ida.. ye kak memang tempting suka dengan roti2 gini

    ika.. tula akak hari tu waktu nampak rumah ika cheese tak cukup.. hihhiih
    Juwita Jamaludin said...
    izah.. sedap baik cuba tau.. hihihihi

    maira kena mulakan bila dah jadi nanti nak meroti tiap hari
    Juwita Jamaludin said...
    kak zana.. ye kak nanti kerja susah juga ita nak masak.. huwaaa sedihnya

    kak mimi.. ye kak sedap dah sampai jepung bila nak sampai penang ni
    Juwita Jamaludin said...
    kamalia.. sian dia.. jangan gitu tak susah kalau nak akak leh beli kan tau

    hanis.. jangan rasa gitu kalau dah mula nanti tiap hari nak buat
    Juwita Jamaludin said...
    aiman thanks singgah nanti akak datang ye
    Ayu said...
    Assalam ita,
    waduh akak dah tertinggal ni..turkish pide confirm dah habis baru akak tiba ya..heheh..cantik ita buat lipatan pide tu..thanks juga sudi cuba ya ita..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG