Assalamualaikum.Berkesempatan untuk berkongsi disini lagi hari ini. Hari ini ada beberapa perkara yang ingin diselesaikan jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk ita di tengahari ni, ita masukkan entry ini. Ita perasan jika masuk je musim panas di jepun ni badan cepat je letihnya,mungkin panas agaknya, jadinya bila masuk tengahari je mula la mata ni nak layu.. kalau dilayankan mata ni boleh je tidur ni tapi baik buat kerja yang banyak tertangguh ni.
Berkesempatan untuk ambil gambar roti yang ita buat untuk sarapan. Selalunya tak sempat terus masuk mulut je. Pagi-pagi masuk doh dalam BM dan tunggu doh diuli sebentar sementara buat kerja rumah yang lain. Bila dah habis je siap semuanya boleh terus bentuk-bentukkan dan boleh makan roti panas-panas.
Untuk resepi ini ita guna resepi yang biasa ita guna dalam simpanan. Adunan roti ini memang gebu ita suka guna walaupun tanpa guna water roux yang penting kena naik dengan elok. Tak ingat resepi siapa sebab dah tulis dalam buku di dapur ni. Cara yang cepat jika tak mahu tunggu dia naik sendiri ita selalu setkan dalam oven menggunakan suhu 45 c selama 20 minit kemudian baru bakar.. Alhamdulillah hasilnya amat berpuas hati.
Roti kacang merah berbentuk ulat gonggok.
Bahan-bahan
190 ml susu cair
400 g tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
2 sudu besar yis
60 g butter
inti kacang merah secukupnya
Cara-cara.
1. Masukkan semua bahan-bahan didalam bread maker. Tekan butang dough.
2. Setelah aduanan siap boleh bahagikan kepada 50- 60 g mengikut besar roti yang dikehendaki.
- Bulatkan adunan.
- Canaikan lebih kurang 1 cm.
- Letakkan inti kacang merah ditengahnya.
- Tutup dan kemaskan seperti gambar.
5. Dengan menggunakan pisau lorekkan jangan sampai ke lapisan bawah hanya bahagian atas sahaja, seperti gambar diatas. untuk nampak cantik biar sama lebar.
6. Terbalikkan dan gulung.
7. Bentukkan berbentuk U dan naikkan 2 kali ganda. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven gunakan kepanasan 45c selama 20 minit.
Untuk roti nampak cantik dan berkilat sapukan roti dengan adunan telur dan susu yang telah digaul rata setelah roti naik 2 kali ganda.
Bakar mengunakan 180 selama 15 minit atau kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.
|
Buat juga roti yang lain ni..:) |
TQ kak beri tunjuk ajar.. Nur mohon izin copy resepinya.. Ada kerajinan nanti, bolehlah cuba.. :)
sedapnyer dah lama x meroti ni