Salam semua. Semalam tengah fikir-fikir kuih apa nak buat untuk berbuka terpandang roti yang nak expired hari ini. Tengok fateh dan fathnin pun tak nak makan roti tu daripada terbiar begitu sahaja ita kena buat sesuatu dengan roti tu. Dalam fikiran ni nak buatkan puding roti je sebab itu yang selalu cepat habis kalau dimasak. Seisi rumah ita amat mengemari puding. Nak buat puding tembikai baru je kelmarin buat untuk bagi rasa kawan-kawan kat sini jadinya ita buat puding roti marble. Tapi kali ini ita inovasikan kepada puding roti marble coklat blueberry. Terkadang bagus juga kita mencuba resepi-resepi baru ni baru la terserlah kreativiti dalam pengolah resepi supaya ia menjadi dan menghasikan sesuatu yang baru.
Untuk resepi ini ita menggunakan resepi kak hana sebagai asasnya dan ita ubah sedikit untuk kesesuaian dengan resepi ini. Bolehkan kak hana.. moga semakin berkembangnya resepi yang kita kongsikan semakin bermanfaat ilmu itu..:)Ita hanya adjust susu dengan mengantikan susu soya dan gula dalam kandungan resepi ini disebabkan susu soya yang ita gunakan manis dan jem blueberry juga manis. Bagi yang nak tukar dari blueberry kepada sesuatu yang lain pun boleh sama ada strawberry, oren dan perisa lain-lain terpulang kepada kreativiti masing-masing...:)
Labels: puding
memang best kalau dapat makan puding ni. Tambah lagi cuaca panas2 macam kat M;sia ni Ita. family kak ct pun suka makan puding2 ni.
ita..lawa la gambar..suke tegok kemas jee
p/s : akak, saitama - yokohama dlm sejam lebih aje..jemput la dtg rumah..;-)
menarik puding tu.. tambah menarik lepas kena potong tu.. geram jer mcm nak capai seketul masuk molot.. hehe..
sedapnya tengok puding ita tu..
cantikkk...
kak amie kagum betul dgn tangan2 kreatif yg berjaya menghasilkan resepi yg cantik & menggiurkan macam puding tu.... semangat nak belajar & tambah ilmu masak2 terus meluap2...
first time here..awesome space you have.
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite
sedapnya kalau dapat makan time cuaca panas2 kan.. licin aje dia melintas kat anak tekak ni..
kak Ct.. tula ita memang suka puding tu yang selalu buat tu kak
Lia betul lagipu resepi ni senang dan sedapkan
izah ye izah suka resepi ni tu yang cub aolah tu..
kak madiha.. saja nak bagi terliur kak..:) sedapkan kak resepi ni akak tentu pernah buat
kak amie.,, saja cari kelainan kak.. untuk dapat pengalaman memasak
jay.. thnks to visit my blog.. i will visit your blog later..