Salam semua. Hari ini ita sempat ke Costco Kanazawa Seaside di Yokohama ni mana taknya misi mencari buah-buahan tempatan yang diimport dari Thailand.Costco ni supermarket borong yang barang-barangnya banyak dijual dari luar Jepun kebanyakkannya US dan yang paling suka disebabkan dari luar senang nak baca ingredient yang ditulis dalam english.
Ceritanya ita memang dah ke Costco Kawasaki hari sabtu baru-baru ni waktu nak beli barang-barang untuk majis gathering muslim society di universiti hubby ita, waktu tu memang nampak dibahagian buan-buahan tu ada "Thailand Fair" jadinya pergi la tengok-tengok apa yang ada. Tetiba nampak durian, suami ita yang memang suka durian ni kata jom beli durian waktu tu harganya 2080 yen. Jadinya ambil sebiji. Bukan buah durian je ada tapi ada buah-buahan lain seperti manggis, kelapa muda, mangga macam harum manis tu, mangga mexican dan laici. Mula nak beli juga buah-buah lain tapi sebab rasa harganya bukan la murah sangat biasa je tak le sampai terliur nak makan jadinya ita tak beli buah-buah lain.
Kelmarin kak hani tunjuk kat FB yang buah-buahan di Costco yang ita nampak tu dah turun harga, durian jadi 498 yen je sebiji.. alamak murah tu..ita rasa diorang nak habiskan stok.. Hubby ita kata jom la beli.. ita gi la semalam tapinya memang rezeki tak de sebab murah buah tu cepat la habisnya. Tapi buah lain macam mangga, laici, kelapa muda, manggis ni masih ada.. jadinya dapat la beli dan buahnya memang manis dan tak rugi membeli.
Ita memang dah tergerak dah kalau beli buah kelapa muda ni nak buat jelly kelapa. alhamdulillah dapat makan jelly kelapa ni yang memang dah lama dok kecur air liur tengok kak nor secubit garam selalu buat tu... Dulu masa diMelaka selalu pergi beli di pasar malam yang ada seorang penjual jelly kelapa ni siap nyanyi lagi jual jelly kelapa ni..:)
Okla jom kita lihat resepi yang best ini dari kak nor. Hari ini hari panas sangat dan amat sesuai sangat makan jelly kelapa ni. Nyaman je tekak dan terasa kenikmatannya. Ita hanya buat 1/2 adunan je dari resepi ni sebab kelapanya ada 2 biji je...
Jelly Kelapa
Sumber :kak nor@secubit garam
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Cara-cara.
1.Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2.Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
3.Padamkan api.
4.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
5.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
Labels: puding
** seronok selongar dapur kt jepun ni..
Cantik dan menawan hati dessert tu Ita!! :D
warna ijau tu cantik lembut aje... sangat refreshing.. :D
kad sniri takde..lgipon jauh la dri umah..ssh nk smpai..huhu
oishisou~jelly kak ita..
klu dekat bole rasa ita punya 1 je...;p
Sedap lagi kalo dpt segelas dari Ita nie...hehe...masuk ke tekak terus ilang.
tak per la..ubat hati yg kempunan dgn minum ABC jer la hari ni...hi..hi
Mana nak panjat pokok kelapa kat KL ni. kalau kat kampung tu banyak lah..hehehe.
kecur dah tengok jelly kelapa ni ita, warna pun memikat hijau jer sejuk mata memandang dan sejuk jer masuk dalam tekak..hihihi
Panas panas pekena jelly kelapa macam ni.....fuhhhhh bestnyaaaa.....
Akak nak satu gelas boleh....
oh yeke.. tapi kat pasar mungkin ada kot kat sin kalau ada mahal la
kak ita.. akak pun buat warna hijau kan.. akak punya jelly lagi cantik suka tgk
maira.. tula akak pun jauh gak sebenarnya dengan kereta pun 1 jam gak gi situ dari rumah akak..
kak ena.. tula kak ini pun peja mata je .. hihihi tapi sebab dah nak clearkan stok dia buat murah..
ayu janangan la nanges hihihihi nanti suruh darl awak pujuk ye
lia. siannya kat awak.. ok la kalau awak tak mengidam lega hati akak..:)
kak ieda.. sedap kak senang je nak buat
kak wattie.. tula sedapkan.. kalau panas2 kena sedap je
kak amie.. buat kak sedap kak licin masuk tekak
cantiknya jelly kelapa ita tu...