Salam semua. Moga hari ini membawa keceriaan buat kita semua. Dah hampir penghujung bulan June dah hari ni dan nak masuk 1/2 tahun yang kedua. Cepat je masa berlalu dan terkadang tak terasa ia perlahan-lahan meninggalkan kita.
Kuih lompat tikam kuih yang ita buat semalam. Sebenarnya lama dah nak makan kuih lompat tikam ni tambah bila nampak kat rumah kak pi ada lompat tikam terus rasa nak buat.Ita memang tak pernah makan kuih lompat tikam ni tapi tahula dari segi bahan-bahan tengok macam tepung pelita sikit tapi lompat tikam ada kuah gula melaka. Tujuan dimakan bersama gula melaka tu adalah kerana kuih tersebut tawar tiada gula yang diletakkan sewaktu memasaknya tapi bila dimakan bersama gula melaka baru la terasa manisnya.
Kalau di Perak bila bulan puasa kuih yang mendapat sambutan yang hangat iaitu kuih limas atau tepung pelita atau kuih sampan. Ita pun suka kalau bulan puasa makan kuih limas ni. kalau orang jual kena letak gula banyak dibawahnya sebelum letak lapisan bawah tersebut. kalau tak ada la pakcik-pakcik yang komplen pada penjual tersebut..:) Tapi bagi lompat tikam ia adalah salah satu kuih tradisi bagi kawasan pantai timur iaitu kelantan dan terengganu. Kena pastikan gula melaka tu manis baru la kena dengan rasa kuih tersebut.
Ok la jom kita lihat resepi lompat tikam ni yang ita ambil di dapur kak pi dan resepi asal adalah resepi kak Fida myresepi. Terima kasih ye ita share disini pula.
Lompat Tikam
Labels: kuih muih
ni kuih kegemaran suami akak.. mmg org pantai timur ni suka kuih yg manis2..
pic ita pun dah semakin ok! akak suka pic yg no 3.. cahaya balance..
ita boleh rujuk balik bagaimana cara yg ita ambil tuk pic no 3 tu..
utk dpt pic yg belakang gelap depan terang tu akak letak polistrin tuk pantulkan cahaya ita blh tgk cara akak dah pernah tunjuk kat sini
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/05/menembak-lagi.html
dan kat sini jugak!
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/05/apple-day.html
kadang2 akak pun sukar nak ambil pic kerana cuaca tak berapa terang dan cahaya yg tak cukup lebih2 lagi kalau hari ujan...
insyaallah klu ada masa nanti akak tunjukkan lagi cam mana akak ambil pic..
kak ct nak lebih tak nak sikit2 nilah kuih fav kak ct ni ita. kalau bulan puasa memang laris lah kak ct beli..hihihi. sedapnyaaaa..kecur pulak :D
nampak manis dan sedap je~~^^
alamak serius, byk kuih-muih malaya yg dah lupa.sbb tak penah buat.tak berani nak buat.nak test 1 ari nnt.insyAllah....kalo jadi mesti seronok ya.leh rujuk kat umah Ita.byk kuih tradisional.
kak amie suka makan lompat tikam tapi belum pernah buat, agaknya kalau buat sendiri puaslah makannya ye...
kak Azlita.. thanks kak sudi share dengan ita... ita cuba praktikkan nanti ye kak..:)
jue tentu awak suka kan kuih tradisional negeri awak
hanis meh la sini makan sama2..:)
maira wajib cuba lagi pun senang bangat buatnya.. kena cuba untuk curi hati suami..:)
faiz .. tak la resepi baru akak ni cuba2 resepi je
kak amie.. try kak sedap kak..:)
kak ieda.. sedap kak meh makan sini..:)
akak suka kuih tepung pelita.. sedap... ermm.. lompat tikam nie cam x perna lg akak makan... menarik sekali.. cantik!