15 June 2011

Kuih Kaswi


Salam semua. Disebabkan malam kelmarin teman hubby study dan tidur hampir pukul empat pagi dan esoknya fateh jaga awal jadinya waktu siangnya mamanya rasa pening kepala tak cukup tidur. Teringat dulu waktu Fateh dan Fathnin baby bangun menyusukan diorang jadi tak cukup tidur bila nak pergi kerja je mata rasa mengantuk je.. hihihihi.. tapi sekarang ni diorang dah besar mama leh la tidur lena sikit..

Kuih kaswi, mak ita suka buat dan rindu nak makan kuih ni. lagi menambahkan keinginannya bila nampak rumah kak pi, izah buat kuih kaswi ni. Jadinya ita gagahkan diri juga buat. Mulanya takut juga nak buat bukan apa kuih-kuih macam ni tak pernah buat lagi jadinya takut tak makan oleh suami dan anak-anak. Ita buat 1/2 adunan je dapat la dalam 9 acuan kecil tu. Selalunya ita memang kalau kuih2 manis ni ita buat 1/2 adunan je dari biasa sebab kat rumah ni kuih manis ni kurang mendapat sambutan kecuali kalau buat dadih atau jelly. Alhamdulillah fathnin makan juga 2 ketul .. katanya sedap mama.. mempelbagaikan kemahiran membuat kuih-kuih tradisional ni paling tidak dapat pengalaman.

Untuk resepi ni ita ambil disini resepi dari mat gebu. Sedap kuih kaswi ni seperti yang diidamkan nak rasannya... tak rugi mencuba...

Kuih Kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

* BAHAN A :-)
* 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
* 240 g gula pasir
* 450 ml air
* 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
* BAHAN B :-)
* 190 g tepung gandum*
* 120 g tepung ubi*
* 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
* 900 ml air
* 2 camca besar air abu (alkaline water)- ita tak letak
* 3/4 camca besar air kapur
* 1 camca besar pewarna coklat
* BAHAN C :-)
* 1 cawan kelapa parut putih
* Secubit garam

Cara-cara

1.Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2.Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3.Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4.Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

Untuk resepi ini ita tak letak air abu tu .. alhamdulillah jadi.. rasanya tetap sedap...


25 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    adeh bab kuih kena kukus nie susah sket sebab ayu nak buat selalu ayu guna oven jer kukus sebab 2 in 1...kena beli pengukus la jawabnyer...yang nie memang x penah try buat langsung makan pun jarang2 buat skrng tgk teringin la plak...rajin k.ita dah la x cukup tidur sempat lagi buat kueh :))
    Wanieyra said...
    Salam ita...

    semalam baru tgk kat dapur izah. pagi ni dah ada kat sini pulak..
    Maira Anjami said...
    rase dah lame saaangat tak makan kuih kaswi..zaman kecik2 dulu suke kot..skang tak tau la plak..kene cube dulu baru tau..hee:))
    Sheila Shafeareen said...
    Salam Ju..mmg le rasa lama x mkn kuih ni smlm npk kat rmh Izah..dah ter liur dahhh hari ni sini pulak munsul lg tang kap leleh heheh...nnt ada masak nak try gak buat..
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    salam juwita.. t.kasih sudi singgal blog akak..
    kuih kaswi memang forever feberet ni.. nasib baru je buat kaswi pandan aritu.. mcm nak kena buat lagi kaswi sbb anak2 tak cukup aritu.. hehe..
    Asmara said...
    lajunya ita dah buat. hehe..teringt pulak kuih kaswi mak mertua buat masa balik haritu. kita x penah buat la, diorg dlm rumah tak minat lak kuih2 mcm ni. huhu..
    Mas said...
    sedappnya kaswi...
    peberet danial ni....
    klu dia tengok..mesti mas kene buatkan..he..he..
    Ida,Japan said...
    Ita....Ida suka kuih kaswi...pernah juga buat dulu2 masa kt M'sia...sini nk buat pun tak dak tepung beras, bih gula merah pun sedapp..mintak yg Ita buat la..ada lg ke
    izahdaut said...
    ita.. kuih kaswi ni la yang saya nak buat tak jadi tu. cancel sebab tepung beras tak de.. cantik warne itam tu.. guna gula merah cantikk je
    dedetea said...
    ASSALAMU'ALAIKUM WW.saya dari Indonesia tertarik dengan your blog cantik sekali,bolehkah saye menjadi follower untuk your blog??and saye juga hendak mengundang anda untuk tengok my blog,saya sangat senang kalau anda juga menjadi follower untuk my blog.terimakasih salam persahabatan :dedetea66.blogspot.com
    Indonesia.wassalam ww
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam Ita...

    Semalam ada nmpk kat rumah si Izah tuh ada tayang kuih kaswi nih..tuptup ada kat sini jgk.. Lama benar mama tak mkn :P Cam nak buat jer..tgk lah nnt cam mana kerajinan diri ni.
    Ni kat Jepun susah ker nak cari ikan yg besar2 or senang cakap ikan bawal ke tongkol ke? tak de Ita..kalau cam gini mama tak mau lah gi jepun hehehe
    Gee® said...
    ermmm....cutenya kaswi. tak pernah buat dlm acuan camnih, biasa buat dlm loyang dan potong2 masa nk makan...gojes la
    indahhouse said...
    salam kak juwita,
    apa khabar kak?
    saya dok teropong ingatkan kuih lompang, ke sama kak? saya pun sama, tak pandai kuih tradisi. pandai makan jer. hehe.
    terjumpa dah air alkaline tu kat bakeri. nanti nak cari juga :)
    nOOrsha said...
    salam..cantiknyer laaa kuih nih... psst... pic akak biase2 sje.. pic juwita cantik2 belaka walau x guna dslr :)
    nuwairani ismail said...
    huish! org kt jepon leh buat lompang siap dengan kelapa parut lg.tercabar ni...
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu.. mana rajinnya nak makn punya pasal.. hihiiihi asyi k terbayang 2.. lagi pun buat 1/2 adunan je sikit je

    ira.. ye ita sebab nampak izah buat tu yang jadi kuat lagi teringinnya tu
    Juwita Jamaludin said...
    maira.. tula kena buat tu baru tahu rasanya ye tak.. saja akak nak gilap skill buat kuih tradisional

    kak shiela.. tula rindu masakan mak sebenarnya tu yang buat tu
    Juwita Jamaludin said...
    kak madiha tu la ita i teringat kuih mak sebanarnya.. thanks ye lawat balik bog ita

    As.. ita pun suat sikit je 1/2 adunan sebab mama diorang yang nak makan
    Juwita Jamaludin said...
    thanks mas datang blog ita.. tu kalau nampak kena buat tu

    kak ida.. tepung beras ada kat baricromkan..
    Juwita Jamaludin said...
    izah ni sebab nampak kat blog awak saya jadi nak buat ni

    dedeta... terima kasih ke blog saya ye.. boleh jika ingin jadi follower
    Juwita Jamaludin said...
    mam a.. memamng ikan kat jepun ni lain sikit.. ada musimnya tapi tak pernah jumpa ikan bawal..

    gee. thanks lawat blog saya ye...
    Juwita Jamaludin said...
    nur.. akak tak pakai pun air abu tu jadi je.. leh la cuba lepas ni

    noorsha.. thanks ye lawat blog saya.. mana setanding dengan dslr.. gambar cantik..
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. tu kelapa kering tapi di letakkan santan dan air sikit pastu masuk microwave..:)
    Hanis MY said...
    kuih feveret ni! tapi kena kukus plak, takde alat huhu... nk g yokohama la cmni haha takde kaitan langsung.

    p/s: tempt tu senang je nk g, kalau nk g nanti bgtahu k... yang hanis tu sebab g ramai2 dapat la diskaun 7000 yen sorang dinner dan bekfes, kalau rate biasa tak pasti plak..
    HomeKreation said...
    Salam Juwita. Alahai lama dh tak makan ni... ntah bila lah dapat nak buat....tomei2 jer yg Ita buat.

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG