06 December 2011



Salam semua. Alhamdulillah malam ni sempat curi masa sedikit untuk kongsi satu cerita yang menarik ini bagi ita. Terima kasih bagi semua kawan-kawan yang sudi singgah di blog ita yang tak seberapa ini. Maaf juga kerana sejak akhir-akhir ini ita tak sempat nak buat semua kunjungan balas sebab tempohari masih berkongsi laptop dengan suami.. Alhamdulillah masalah telah selesai suami dah dapat penganti untuk laptop nya yang telah rosak semalam.


kami baru sampai di Yamanashi Universiti

Suasana baru lepas hujan

Sejak akhir-akhir ini pun ita agak sibuk sebenarnya tiap-tiap hari ada saja urusan diluar yang ita uruskan jadinya memang tak sempat sangat nak mengadap blog ini. Amat rindu nak masak dan ambil gambar makanan untuk dikongsi disini namun memang tak sempat tambahan sekarang dijepun cepat sangat gelapnya pukul 4 petang( 3 petang waktu Malaysia) dah mula gelap.. jadinya kalau ita masak pun tak sempat nak bergambar sebab dah gelap...:( Dua tiga hari akan datang ini akan sibuk juga sebab ada tetamu dari Malaysia akan berada dirumah ita.

Di jadikan cerita seronok sangat minggu lepas bila 2 blogger sebelum ini hanya bertegur sapa di blog dan facebook sahaja tetapi bersua muka digelanggang badminton..:) Kebetulan memang rezeki agaknya nak jumpa dengan kak Ena- zarina Lovely Kitchen yang cun dan slim ( jeles tau kak..:) sebab setiap tahun memang team dari Yokohama akan menyertai Yamanashi Open ini iaitu pertandingan badminton untuk warga Malaysia di Jepun. ceritanya disini (2009) dan disini (2010) Dah 2 tahun team Yokohama lelaki dan perempuan menyertai tapi tahun ini tak berpeluang kerana ramai kawan-kawan yang tak dapat main dan tak cukup untuk main dalam satu team. Jadinya kami ambil keputusan untuk tidak menyertai untuk tahun ini. Namun rezeki agaknya lagi seminggu untuk ke tarikh pertandingan dapat panggilan dari seorang adik yang menguruskan tentang pertandingan ini dan ajak untuk menyertai satu kategori baru iaitu bergu campuran. Suami ita memang minat badminton dan bersetuju untuk menyertai pertandingan ini. Kami ajak juga kawan-kawan lain di Yokohama yang berminat untuk menyertai tapi agaknya masa yang agak suntuk menyebabkan masing-masing ada tugas yang perlu diselesaikan.




Bergambar dengan kak Ena

Kebetulan ita dapat juga Msg dari kak Ena di FB yang menyatakan kak Ena pun akan ke Yamanashi untuk pertandingan ini. Seronok rasa. Tambahan kak Ena ada menjemput Fariz suami ita untuk sama-sama main dalam team Nagoya disebabkan kekurangan pemain. Bila ditanya pada urusetia katanya tidak boleh pemain bergu campuran untuk main dalam team tapi disaat akhir mereka membenarkan. Jadinya suami ita juga sempat untuk main 3 perlawanan dari 4 perlawanan untuk team Nagoya. Seronok sangat rasanya dapat berjumpa kawan-kawan dari Nagoya selain kak Ena iaitu kak Diana dan kak Ros selain Kak anim dari Hamamatsu, shizuoka. Gamat juga dengan kanak-kanak digelanggang badminton dengan suara dan karenah anak-anak, jika team Yokohama pun datang tentu lagi meriah dengan suara anak-anak kerana memang setiap tahun team Yokohama datang dengan anak-anak..:)


Fathnin dengan anak-anak kak Ena iaitu Damia dan Syasya

Suka tengok anak kak Ena yang Damia ni comel dan bijak orangnya




Bergambar dengan kak Anim, kak Diana dan kak ros

Yang paling seronok dan lawaknya bila untuk pertandingan final bergu campuran sepatutnya bergu ita dan suami bertemu kak Ena dan suami tapi disebabkan team Nagoya juga iaitu team suami kak Ena dan Ita layak untuk ke final juga dan suami-suami mengambil keputusan untuk tidak membuang tenaga untuk pertandingan bergu campuran dan ingin lebih fokus untuk pertandingan team lelaki jadinya mereka meminta isteri-isteri sahaja yang main mewakili mereka. Maksudnya ita bermain dengan kak Ena saja secara solo.. Pertama kali ita dengar rasa nak pengsan je sebab ita tak pernah main 'single' dalam badminton ini untuk perlawanan. Tapi bila diberi semangat main sekadar suka-suka dan mengeluarkan peluh ita harungi juga..


Final bergu campuran sepatutnya.



Akhirnya isteri-isteri je yang main..:P



Bergambar dengan medal Bergu Campuran




Alhamdulillah tercapai objektif kami untuk menyelesaikan pertandingan disitu. Tahniah buat pasukan nagoya lelaki kerana mendapat tempat kedua dan harap dapat bertemu lagi dengan kak Ena dan keluarga serta kawan-kawan dari Nagoya yang amat baik sekali..:)




18 Comments:

  1. KakAsma said...
    Ita,cun giler siEna Zarina tu yer.mesti havoc habis dapat bersua muka jarang dapat tengok rupa ena nikan,anak anak pun cumel cumel belaka.
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    uwaaaa best
    final siapa yang menang akak or k.e-na??? best leh jumpa geng blogger khen....meriah!
    Ida,Japan said...
    Bestnyer ita...ada lawan2 badminton, k'ida jer tak aktif cam ita...
    e-na dari dulu mmg slim menyelim ita...asben e-na kwn baik asben akak..kt m'sia satu falkulti, pernah jumpa gak la kt m'sia ..kira kwn jugak la...
    Kamalia said...
    wow,mmg aktif sungguh..
    jumpa kak ros jugak ye?dah besar ke baby die kak ita?
    kak ros jiran kami di parit raja dulu..hehe
    Kamalia said...
    This comment has been removed by the author.
    E-na Zarina said...
    nyorokkkkk maluuuu!!! sronok dapat jumpa ita n family...siap bertemu di gelanggang lagi kan...thanks utk fariz sudi join team Nagoya...fathnin n shasya serasi je bole main badminton sama2...slim??? sedey dgr tau, ni bdn tgh naik, lemak sana sini yang nak di buang...ada lagi 3 bln masa nak buang yang lebih2 tu sblm kembali bekerja...kena betul2 kuat semangat, musim sejuk ni lapo je kan...wish me luck...;))
    nOOrsha said...
    salam.. oo ituuu rupenya kak ena yer.. memang comey n cute je.. same macam org yg kat sebelah tu juge.. ehehe..2-2 nampak cam anak dare.... :) bolehler ajar camne nak jage badan since badan kite dah naik balik bam bam dah ni..huhuhuh
    Nadz Nazharzan said...
    Assallamualaikum Ita..
    Ermmm.. Mmg comel & cun E-na ni.. Org yg bergambar di sebelahnya tu pun apa kurangnya.. So sweet both of you.. Tak de rupa mak2 org..heheheee...
    Tadi tu masa baca nama 'Anim', ingatkn Kak Anim N9 dah terbang ke Jepun.. Rupanya org lain..hehehee..
    Umie said...
    wah bestnye kak ita... ehh, akak join skali ke pegi bergambo ngan Fuji-san..ada a few staff uthm kat situ yg saya kenal gak...;-)
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita

    wah Ita dan Ena ...dua2 aktif main badminton..dpt jumpa seronoknya.dua2 slim melim orgnya....mcm anak dara...
    Outbound Malang said...
    mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)
    Mieza said...
    ita...mesti teror main badminton tu..kalau kak mieza mmg tangan bangku la..tk reti nak pukul shuttle tu hehehe..seronok kan bila dapat rakan blogger yg selama ini hanya berbalas komen di blog..tentu byk cerita yg disharekan bila bertemu
    sabar dubai said...
    wow syoknyee dpt jmp kak ena er...hehehhee br kenal kak ena bile akak ltk pic nih....slim habissssssssssss.......
    Ummi said...
    Assalam Ita, amboiii tu dia...dpt jumpa E-na lak...bestnya join bergu lak tu eh...pasni leh wat bergu bolajaring lak lg...pgil lg mana2 yg duk dekat situ join...hehhee
    JHaZ KiTaRo said...
    meriah btul eh.. anyway, salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)
    Widi Dede said...
    Go Blogger :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
    ZalinZalina said...
    Salam kenal...baru ni berani nak tegur..he he...
    cik n0miey said...
    akak!!!!..ingt saye x?hehe..bajet femes plk..
    xsangka gler dpt jumpe blog akak..dh la byk resipi n pic pon cun2..awat la b4 nih xpnh jumpe blog akak nih..rugi2!!kalo x bleh tnye mcm2 tyme jumpe kt yamanashi aritu..huhu..
    hope dpt jumpe akak lg next tyme..nt leh bljr masak2 n deco2 ngn akak..^_^

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG