19 June 2011

Karipap Inti Serunding Bersama Kentang



Salam semua. Badan amat la letih mana taknya tak rehat rasa 2 hari ni. Semalam dari pagi sampai malam banyak urusan ingatkan nak buat macam kelmarin sambil teman hubby study leh gak jenguk blog ni tapinya tak boleh buka mata sebab jam 11 sampai rumah dari menguruskan beberapa urusan terus rasa nak tidur. Jadinya dengan hubby2 pun tak study sebab kepenatan. Pagi ni pagi-pagi lagi dah kena masak untuk majlis gathering muslim society kat university suami dan kena pergi awal untuk set up tempat tu.. lagi pun harini tolong tumpangkan kawan suami dan familynya dan ita baru je berkenalan dengan dia dan diorang ni dari mesir.. kesian dia sebab takde kawan-kawan mesir kat sini.

Jadinya tadi pukul 4 baru balik setelah settlekan semua tempat tu dan boleh rehat sekejap. Sambil-sambil suami upload gambar majlis tadi leh la ita berblog jap.. Lagi pun Fateh tidur kepenatan sebab main di majlis tu tadi...

Hari jumaat waktu majlis yassin malam kat rumah adik perempuan kat Yokohama ni ita ada buat karipap. Selalu buat inti sardin dan inti keledek tapi kali ni sebab ada banyak serunding jadinya ita buat inti serunding bersama kentang. Sedap bagi ita tapi satu serunding ita ni pedas sikit jadinya kuih tu malam tu pedas la sikit. Ok la jom kita tengok resepi ni untuk mempelbagaikan inti karipap...:)

Karipap Inti Serunding Bersama Kentang

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

INTI
4 biji kentang sederhana
1/2 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1/2 sudu serbuk kari
setengah cawan serunding
garam
gula
air 1 cawan

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Hiris bawang besar kecil - kecil bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bahan-bahan tersebut hingga naik bau.Masukkan kerbuk kari tunggu hingga naik minyak sedikit. Masukkan serunding dan kentang. Kemudian masukkan air . masak hingga kentang empuk. dan boleh tambah air jika kentang belum empuk. setelah masak ketepikan.Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

17 Comments:

  1. Antan Bertingkah said...
    Boleh akak cuba nanti,ada stok serunding kat rumah ni...
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    karipap gini selalu gak buat but lately mcm malas la k.ita hikhikhik...rest la kejap kang madam besar sakit 1 rumah risau...ayu pow weekend nie asyik tidur jer x jejln mana sebab rasa letih dan x cihat jer...uwaaa hentak kaki....
    Chik Mimi said...
    Assalam ita sedapnya karipap satu kelainan + dengan serunding,lama akak tak buat karipap
    Yatie said...
    waduh rajinnya adik akak buat karipap ni....akak paling malas wat karipap tapi paling suka dan paling banyak makan karipap klau ada depan mata...ekekkekee..aci ke tu....cantiklah Ita klim karipap tu..
    Gee® said...
    wawawa... nak karipap 2 ketoi... pos laju ek...hehe
    Ida,Japan said...
    ita...k'ida nk karipap sikit..lama tk buat dan malas nk buat ler...malas pasal apa, bak nk canai dan kelim2 mngelim tuu
    kurus said...
    hermmmm sibbb baik akak baru lepas makan karipap kentang ! lalalalla
    Mas said...
    sedapnya karipap inti serunding tu...
    lama dah tak makan..
    Wattie said...
    Salam Ita,
    Rajinnya Ita buat karipap, petang petang pekena ngan kopi o best ni
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    salam Juwita..

    karipap ni memang all time feberet.. cuma nak membuatnya aje yg 'bercinta' hehe... lom pernah lg buat inti karipap letak serunding.. kiranya jd rencahlah ye.. mesti sedap kan?
    dZana said...
    akk mmg jarang buat karipap.. mcm terdaya pulak.. hihihi.. karipap mmg best mkn panas2 di ptg2 hari.. boh serunding pulak msti lagi sedap..
    Juwita Jamaludin said...
    kak antan.. thanks kak.. cuba la nanti sedap juga sekali sekala tukar inti
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu.. nape tak sihat ni.. adam nak ada adik ke..?hihihiihhhhhhi akak ni pun bukan rajin sangat buat karipap tapi nak mkan punya pasal buat gak la


    kak mimi.. memang karipap rami yang sukakan..
    Juwita Jamaludin said...
    kak yati.... hihihii memang kak ita pun sama dengan akak tapi bla fikirkan sekejap je namk buatnya buat je la..

    kak gee. hahaha.. mana eh pos kak.. nanti basi..:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak ida.. ita malas nak buat inti.. hahaha bab kelim tu suka plak...

    kak ieda.. yela kat msia senang beli kak.. kat sini semua kena buat sendiri..:(
    Juwita Jamaludin said...
    kak wattie.. yekak sedapkan.. ita bawa ke majis yassin malam tu..

    kak madiha.. rasa macam karipap biasa juga tapi ada rasa serunding.. ita ni suka bab seruding2 ni
    Juwita Jamaludin said...
    kak dzana.. tul ita suka karipap.. lagi pun hubby suka yang pedas t yang kna merejinkan diri buat tu

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG