Saya seorang isteri kepada suami yang sedang menyambung pelajaran di Yokohama National University, mama, cikgu kepada anak-anak, sangat enjoy tinggal di Jepun dan sedang bercuti tanpa gaji dari bekerja di Malaysia. Amat sukakan mencuba resepi dan melawat tempat yang baru dan suka meneroka bidang fotografi.
klik2
Let's count
Search This Blog
Jumlah Kawan-kawan Yang Dah Datang Melawat Kami. Thanks!
Assalamualaikum.. Moga hari ini ceria-ceria buat kita. Alhamdulillah sempat juga ita taipkan entry ni selepas ita masukkan entry sebelum ini dan ita buat auto publish sahaja. Chawan mushi adalah salah satu makanan yan popular di Jepun. untuk mengetahui apa itu chawan mushi atau dalam bahasa inggerisnya "tea cup steam" or "steamed in a tea bowl". Ini adalah peneranan yang ita ambil di wikipedia bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.
'is an eggcustard dish found in Japanthat uses the seeds of ginkgo.[1] Unlike many other custards, it is usually eaten as an appetizer. The custard consists of an egg mixture flavored with soy sauce, dashi, and mirin, with numerous ingredients such as shiitake mushrooms, kamaboko, yuri-ne (lilyroot) and boiled shrimp placed into a tea-cup-like container.[1] The recipe for the dish is similar to that of Chinese steamed eggs, but the toppings may often differ.'
Disebabkan dijepun ni banyak chawan mushi yang dijual ita amat ragu dengan bahan-bahannya kerana ia selalunya mengandungi sake dan mirin jadi ita cuba buat sendiri. Tambahan pernah ita makan bersama kawan jepun ita sempena jamuan makan tengahari unuk tadika fathnin satu ketika dulu dan kawan jepun ita menasihati untuk tidak memakan chawan mushi kerana kebanyakannya mengandungi mirin dan sake. Mirin dan sake adalah arak jepun yang dicampur didalam makanan. Alhamdulillah setelah mencari beberapa resepi dan sumber ita dapat resepi yang ini. Bagi mereka yang suka kastad bertelur tentu suka akan resepi ini tambahan resepi ini dimasukkan juga bahan-bahan lain sebagai penyedap rasa dan khasiat seperti udang, ayam, lobak merah, cendawan, dan beberapa bahan-bahan lain yang bersesuaian. Dibawah ini ita sertakan juga video untuk membuat chawan mushi yang ita ambil di blog kawan ita iaitu kak june. Terima kasih kak...:)
Bagi mereka yang ingin mencubanya bolehlah melihat dulu video dan mencuba resepi dibawah. resepi ini juga dari blog kak june. Terima kasih atas perkongsian kak dan ita kongsikan disini pula ye ..:) bagi keluarga yang kecil untuk makan 2-3 orang lebih baik guna 1/2 dari resepi ini.
Chawanmunshi
Bahan-bahan
(4-5 orang)
3 biji telur (saiz M) 450ml air 11/2 sudu besar dashi ( stok ayam atau stok ikan)
@ 1 sudu besar kicap kikkoman
@1/4 sudu besar gula
@ 1/2 sudu kecil garam
100gm isi ayam
3 keping shiitake
5 keping carrot (potong nipis, terap bentuk bunga)
5 ekor udang Daun ketumbar
Cara
Campur dashi an air bersama bahan bertanda @
Potong ayam dan rebus sebentar. Potong shiitake. Rebus sebentar carrot. Ketepikan.
Pukul telur, jgn bagi berbuih. tuang kedalam 1. kacau rata, tapiskan.
Didihkan air dalam kukusan yang muat kesemua bekas chawan mushi
Apabila air telah panas, masukkan bekas chawan mushi yang telah berisi ayam, udang, cendawan shiitake dan fish cake ke dlm kukusan, biarkan bekas2 itu panas sebentar (dalam 5-10 saat)
Tuangkan perlahan2 campuran telur tadi kedalam bekas chawan mushi hingga 3/4 cawan
Biarkan api kuat sedikit (dlm 1 minit) pada permulaan, dan perlahan api selepas ini (sila lihat video di link di atas)
Kukus dalam 10-15 minit atau sehingga masak. Buka dan cucuk. Bila air jernih keluar dari chawan mushi makna ia telah masak.
Masukkan daun ketumbar dan hiasan fish fillet (optional), tutup api.
hamboi Ita...menu jepun nmpknye... cmane rasa chawan mushi nih Ita?
Bunga2an tu pun sangat santek... jauh jugak kan kowang travel sampai ke tochigi atas nuh...semenjak geng2 famili Chiba semua dah balik for good tinggal kami je sefamili, dah takpi jauh2 dah...sob3x...nanges3x...jenjalan keliling Chiba ngn Tokyo je...
dah lama akak teringin nak cuba buat chawan mushi ni ita... tp cari cawan yg sesuai tak jumpa2 lagi.. hehe.. makanya projek terbengkalai hingga kini... teringin sgt nak merasa.. mesti sedapkan..
Bunga2an tu pun sangat santek... jauh jugak kan kowang travel sampai ke tochigi atas nuh...semenjak geng2 famili Chiba semua dah balik for good tinggal kami je sefamili, dah takpi jauh2 dah...sob3x...nanges3x...jenjalan keliling Chiba ngn Tokyo je...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...