18 December 2011

Rainbow Cake @ Kek Pelangi



Salam semua. Selamat berhujung minggu mungkin ramai yang sibuk menghabiskan masa dengan keluarga bila cuti-cuti begini. Bagi ita hanya bersama keluarga sahaja hari ini dan petang ada urusan dengan kawan yang baru sampai di Yokohama ni untuk sambung di Universiti yang sama dengan suami. Alhamdulillah semakin bertambah kawan dari Malaysia yang sama-sama disini...:)

Hari ini nak kongsi resepi kek yang ita buat petang semalam. Pada mulanya buat sekadar suka-suka je sebab nak habiskan stok cream cheese yang masih berbaki di peti sejuk tapi akhirnya dibawa ke rumah kawan yang baru sampai untuk dimakan bersama kawan-kawan yang lain. Jadinya teringat kek pelangi @ rainbow cake yang sangat popular sejak akhir-akhir ini. Memang dah lama ita tertarik dengan resepi ini hanya tak berkesempatan nak cuba. Tapi sejak akhir-akhir ni ramai pula yang tayang kek ni membuatkan hati makin membuak-buak untuk mencuba.



Untuk kek ini ita buat 3/4 saja dari adunan disebabkan ita menggunakan loyang 6 inci. Jadinya kek yang terhasil sedang elok je tingginya bagi ita. Disebabkan adunanya hanya 3/4 ita bahagi 5 bahagian sahaja. Tapi dalam resepi yang ita sertakan ita masukkan resepi yang penuh ye.. Bagi ita tak rugi untuk cuba kek ini, sedap dan gebu je keknya. Untuk membuatnya pun tidaklah memerlukan langkah yang banyak hanya agak lama bila ingin membakar kek ini mengikut adunan warna. Namun apa bila melihat hasilnya amat teruja dan seronok. berwarna warni.

Untuk resepi ini ita intai-intai di rumah kak azlita. Resepi asal dari whisk kid tapi telah dialih bahasakan oleh zuraini Alias. Jika ingin melihat rainbow cake yang cantik dan kemas boleh ke blog yang ita nyatakan diatas. kek ita ni kurang kemas sebenarnya, Buat nak cepat takut hari gelap nak malam. nanti tak sempat plak bergambar...:( Terima kasih kepada yang berkongsi resepi , ita kongsi disini pula ye.




RAINBOW CAKE
@ KEK PELANGI

Bahan-bahan
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara-cara

  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung



Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

  1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  2. Masukkan dalam loyang
  3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  4. Bila dah masak letak atas redaiTunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk Cream Cheese Frosting

Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara-cara
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
  2. Sedia untuk digunakan.

Untuk melapis.
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
  3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
  4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
  5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

26 Comments:

  1. AZLITA AZIZ said...
    salam Juwita...
    Pelangi dah muncul di Jepun ye..! :D

    Rajin pulak ita dok deco2 gambar pelangi atas kek tu..

    kek ni kesukaan suami dan anak2 akak.. akak sukakan tekstur kek yang sedikit lembab.. warnanya tu yang buat tak sabar nak merasa dan tak sabar nak potong nak tengok hasil di dalamnya..
    cik cek said...
    Sampai sini dah kek pelangi ni....top list fav kek kat rumah kak cek ni...buat kek ni ntah dah bape kali...memang best...memang cantikkk...memang sedapppp...:)
    HaSue said...
    Salam ita..lama tak jenguk ke jepun.semenjak tenet buat hal kronik.. ita sekeluarga sihat ke di sana? eh cam tulis surat lak..hehe..
    rajin ita buat kek pelangi ek..nanti nak juga cuba2 buatnyer tp x tau lg nak guna resepi mana..agaknya kek span biasa pun best ek? sedap tak kek nih ita? hehe..cantik laa dekorasi kek tu..comelll!!suka tengok
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    rainbox cake dah sampai yokohama...biler la mood rajin nk smpi ke oyama plak....owh geramnyer tgk...hati meronta2 nak buat tapiiiii stress tgk perut kalo makan n buat cake ni...seksa nk sit up ngeee...tunggu bufday darl next month try buat tgk...bertuah ada mama serajin ni ngeeee
    ibundo said...
    salam ita. Cantiknnya kek pelangi ita ni. Macam sayang je nak makan..
    Ida,Japan said...
    slm ita..kek ni dh terbekenan lama dh sejak cik cek dok tayang mula2 dulu...bilanyer nk buat ni, menarikkn kek ni...pasti anak2 suka ni..cantik ita deco..
    emm...lupa nk bgtau...asbend k'ida uitm jugak ita, tu yg kamceng dgn asben e-na
    Umie said...
    kak ita, umie selalu mcm teringin nak buat kek ala2x mcm nie siap frosting segala kan tapi bila pikir muaz yg sibuk nak jadi co-chef nie mmg kena pikir berkali2x lah...takut pelangi bertukar jd ribut...hehehe
    kzai said...
    salam ita..lama akak x singgah sini..byk n3 mkn angin dan aktiviti ita dan family..sampai jumpa kwn cyber..seronok kan..
    Rainbow cake ni dh lama dlm list..mmg terbekenan sgh dgn belang2 nya tu..pasni nk buat jugak lah..cantik ita deko ada rainbow kt atas tu..tentu budak2 suka..
    KakAsma said...
    Ita,
    hehehe ritu nampak K1 tayang kek nie.cantik sungguh.minat tengok yelh colourful sungguh.cantik bile dah di bubuh ngan frosting..buat satu satu laa yer ta..boleh cuba nie..hehehe banyak enar list cam dulu2 buat nyer bila laa tuh kan..
    quinnie said...
    cantik kek kak ita...saya teringin nak makan kek ni..tapi tak dek peluang nak buat lagi...tak tahu la thn bila nak buat...hehehe....pemalas sebenarnya...kehkehkeh...
    Ummi said...
    Assalam Juwita, weeee dah balik rumah eh...habis dah jalan2 ke...Siap kuar kek pelangi lak tu..cantiiikkk deko2 Ita tuuu... :)) sweet aje...
    Kamalia said...
    salam kak ita..cantik dna rajin sungguh akk mmbuat kek ni..sy tgok kat rumah kak azlita aritu,uisshh,mmg menggoda sungguh tp roh rajin xde nak buat..hehe
    Sue @ Nenie said...
    Assalamualaikum...wahhh rajin tul kak Ita...jeles pula bila tengok pelangi ni dah menjelma kat Jepun....Mesti sedap ni
    Cendana Kasih said...
    cantik kek pelangi...tp mmg pakai putih telur je ke? kuning tak pakai??
    sue-sama said...
    rainbow...seindah pelangi :)
    ieda said...
    aloor mantap lah dik .. sedapnyaaa
    sure budak2 tuu suke kan :)
    dZana said...
    cantiknya ita.. berlapis2 dgn warna warni.. suke anak2 klau dpt buat camni kan..
    Asmara said...
    Ita cantik betul decoration cake tu. suka la! boleh tiru nnti kalau nk buat. hihi.. mesti rasa dia pun sedapkan! :D
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    Wahhh...pelangi dah muncul ya, tapi salji keluar juga kan..hehehe

    kek ni k.ct teringin juga nak buat, tapi kesempatan tu tak ada lagi..kerrr malas nak buat..hahaha. cantik tu Ita tak kisahlah comot2 pun k.ct tengok dah elok sama padan dengan kaler2 pelangi. nanti nak buat juga tungguuuuu! :)
    blogresipi.com said...
    Cantiknye kek pelangi akak tu. memang ramai dok cuba resipi ni kan. cantik menarik gitu. entah bila lah nak sampai ke kuopio.hehe
    poroni hoho said...
    salam.. hye cik juwita.. sy sgt tertarik dgn resepi akak.. colourful~ like it~ nk mintak izin share resepi akak.. sy suka kalo bab2 masak memasak ni~ hihihihi
    Ziequashik said...
    Salam, cantik cemburunya!!
    mawar putih said...
    Salam..sy nak try gaklah tp kalu xder 3 loyang tu nk wat camner ek?
    boleh buat satu-2 x?
    mawar putih said...
    Salam..sy tumpang guna resepi & pic awk ya...cantik sgt..
    Nurhadana Abu Seman said...
    Aslm....saya juga peminat blog kak ita masam manis...kt sini pun kak ita jugak ye hehhehe...dh lama rupanya kek pelangi yg cun ni..since 2011..sy yg baru belajar ni baru tau n baru nk try...tahniah kak...cantik n kemas kek tu
    Nurhadana Abu Seman said...
    Aslm....saya juga peminat blog kak ita masam manis...kt sini pun kak ita jugak ye hehhehe...dh lama rupanya kek pelangi yg cun ni..since 2011..sy yg baru belajar ni baru tau n baru nk try...tahniah kak...cantik n kemas kek tu

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG