07 April 2009

Burger Malaysia



Harini abang ada hanami untuk member lab dia.. so kena bawa makanan jadi abang request ita buat burger Malaysia.. First time buat ni terus jadi.. abang yang tolong uli sebab ita bab uli-uli ni memang malas.. hehehe pada mula nya takut sangat nak buat sebab takut tak jadi.. tapi bila goreng dan nampak cantik je kembangnya happy sangat bagi yang nak cuba resepinya disini

p/s : ini untuk rujukan ita..

Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Cara-cara Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

2 Comments:

  1. sakuraiman said...
    wahh k.ita kebetulan pulak sme menu kita semalam yer. camne feedback org jpun dpt mkn burger msia?
    Juwita Jamaludin said...
    Abang kata org jepun mkn ok je... tapi best sebab leh buat selalu nya beli je kalau kat m'sia..

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG