Ahad baru-baru ni.. ita dan keluarga berkesempatan ke Tokyo Disneyland... itupun atas ajakan sepupu suami iaitu Lop sekeluarga yang sedang bercuti ke Tokyo.. Pada mulanya kami hanya ingin berjumpa Lop dan keluarga di Tokyo tetapi disebabkan jadual Lop dan keluarga agak padat jadi Lop mengajak kami ke Tokyo Disneyland. Untuk pergi ke tokyo Disneyland dari Yokohama agak mudah.. kami ke sana dengan menaiki bas. Tiket untuk bas dari Yokohama ke Tokyo Disneyland berharga 1200 yen bagi dewasa untuk perjalanan sehala. Masa yang diambil hanya 30 minit.. Tiket masuk ke disneyland ni 5800 yen bagi dewasa. Tiket kami pun dibayar oleh Lop ... katanya dia memang nak belanja.. Terima kasih Lop dan Kak Nora.. kami mula masuk pada pukul 10 pagi.. jadi memang dah ramai dah pengunjung pada waktu tu.. tambahan hari ahad.. Sempat la kami mengambil gambar ke tempat-tempat yang menarik di dalam Disneyland tu.. Nampak sahaja character cartoon disney tu fathnin suka sangat... Untuk memudahkan perjalanan kami mengikut plan yang telah diberi.. Ika anak Lop yang jadi ketuanya.. hehehe setelah selesai sahaja satu game dia akan mark kawasan itu telah kami lawati... untuk satu show kami kena beratur panjang.. lebih kurang 30minit ke 1 jam bayangkan la.. jadi kami pergi ke tempat-tempat yang menarik dulu supaya sempat untuk menjelajah disneyland tu... besar tempat tu.. kalau nak masuk semua tempat kena 2 hari... tapi shownya memang menarik dan menghiburkan... tambahan kanak2.. ita juga sempat berehat di restoron di dalam disneyland tu.. kami juga sempat solat disini.. kat sini bukan ada tmpat solat tapi.. disebab kan meja maka kami agak tersorok jadi sesuai untuk kami solat disitu.. sampai ke malam kami di Disneyland..kalau nak cerita satu persatu memang panjang dua hari tak abis taip.. heeeeh jd layan gambar je la yek..Insya Allah kalau ada rezeki .. bila anak-anak dah besar dan sebelum kami pulan g ke Malaysia.. kami ingin ke sini lagi...
Labels: tempat dilawati
You can download stunning bicycle wallpaper in our website for free.