15 April 2009

Kek Marble Trio


Kek marble trio dari Mat Gebu myresepi ni memang lama dah nak buat tak berkesempatan je.. so hari ni ita cuba buat.. itu pun setengah adunan.. Alhamdulilah sedap kek ni.. lembut dan gebu.. senang pun nak buat nya.. hanya marblenya je kena banyak kali praktise untuk dapat marble yang cantik.. kek ni sedap dimakan begitu saja atau untuk birthday cake.. so bagi yang nak cuba leh tengok disini resepinya..

so ini untuk rujukan ita

Bahan-bahan
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara
Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

2 Comments:

  1. Fatin Helmi said...
    perasaan fatin tgk kek nih cam kek butter mama fatin buat.. cuma mama buat marble coklat dan putih.. ita.. penah cuba buat marble cam mamafami? jadi cantik gelang berdiri? selang seli hitam putih..

    btw, gliserin tuh ape eh ita?
    Juwita Jamaludin said...
    to fatin..gliserin tu ita tak ubuh tapi ita ganti dengan air susu 50 g sebab gilserin 30g + air 20 g = susu cair 50 g.. tak pernah cuba mama fahmi punya...nanti2 leh cuba kot.. hehehehe

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG