26 April 2009

Roti pita


Hari ini tengok hari cerah jadi kami nak pergi jalan-jalan kat area hodagaya ni je.. semalam satu hari hujan jadi duduk terperap kat rumah je la.. Untuk bento jalan-jalan ni ita buat roti pita. Kat jepun ni biasanya kalau nak pergi jalan ita akan buat bento ( bekal ) sebab kalau nak makan kat kedai tak sure halalnya jadi makan bekal buat sendiri senang. First time buat roti pita sendiri kalau kat Malaysia memang ita suka beli roti pita ni dan buat isinya.. seronok makan untuk breakfast jadi kat nihon ni tak pernah jumpa pita bread jadi better ita buat sendiri. untuk buatnya senang je hanya perlu diingat waktu bakar tu kena api yang panas dan kena naik sikit dulu baru bakar.. kalau tak nanti dia tak berpoket macam mana nak masukkan inti. . rotinya pun sedap dan tak rugi mencuba.. jadi resepinya disini

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya

2 Comments:

  1. enina said...
    Sedapnya ita masak.. untung anak2 ita ni hehe.. fariz paling untung sekali. Anak2 ita rajin makan tak?
    Juwita Jamaludin said...
    to enina.. alhamdulilah sekarang fathnin dah suka maan dah.. kalau dulu tak mahu makan sangat.. tapi susu still kuat jugak.. hanya badan je tak naik.. tak pe la asalkan sihat dan nak makan ita rasa happy dah..ita bukan rajin masak.. tapi suka cuba resepi dan buat koleksi resepi tu.. senang nanti..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG