11 July 2012

Odawara Castle, Miyuki no hama Beach



Assalamualaikum.. selamat pagi dan haapnya semua sihat-sihat semuanya. Jika perasan entry ita dari bulan lepas akan berselang seli diantara entry jalan-jalan dan resepi disebabkan banyak sangat gambar yan masih terperam didalam kamera. Ita kongsikan disini bertujuan ada antara kawan-kawan yang ingin melawat yokohama atau ke tempat2 menarik yang ita pernah pergi akan dapat maklumat dan untuk pengetahuan kawan-kaan di luar khususnya.. jalan-jalan dijepun ni, kena tahu tarikh yang sesuai supaya tidak terlepas dengan aktiviti yang menarik pada satu tarikh tu.. yelah negara 4 musim banyak sangat aktiviti berlainan yang berlangsung sepanjang tahun.




Alhamdulillah tinggal beberapa bulan je ita nak pulang ke Msia jadinya memang tak mahu melepaskan peluang untuk pergi ketempat2 berdekatan dengan kekangan masa dan perbelanjaan yang ada. ita kongsikan disini untuk kenangan dan rujukan bai kawan-kawan. moga ia bermanfaat insyaAllah. Pada bulan June lepas kami sempat ke Odawara iaitu masih dalam Kanagawa ken dan dari rumah ita hanya 1jam 30 minit sahaja tengok pada keadaan traffik pada waktu tu. Di Odawara ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati tapi kami memilih untuk ke Odawara Castle dan Miyuki no hama Beach, tambahan sebenarnya pada waktu ini berlangsung " hydrangea dan Iris festival" disini. Bunga hydrangea atau bunga  bulan atau bunga siti zubaidah dalam bahasa malaysia nya amat cantik disini. Geram sangat dengan bunga ini... ita memang suka dengan kecantikkan warna warn bunga ini disini.
kami masuk ke dalam istana ini.. kami dapat tiket diskaun 380 yen seorang




Selain dari bunga ini tarikan utama castle ini adalah tempat untuk menyewa baju maharaja dan mahari jepun pada zaman dahulu dan boleh bergambar dengan pakaian tersebut disekeliling taman ini.Sewanya pun murah 200 yen untuk dewasa dan 100 yen untuk kanak-kanak. Seronok sangat.. tambahan ita pergi bukan berseorangan kami pergi dengan ramai kenalan dan berpiknik sekali disini. Alhamdulillah ia menjadi kenangan terindah kami.Untuk ke Odawara castle linknya disini









Ini adalah permandangan bunga-bunga ajisai dan iris di taman yang berdekatan.. aktu kami pergi tu ada gerai yang menjual pelbagai barang dan ada hiburan nyanyian untuk menghiburkan pengunjung yang datang









Info tentang bunga 3 bulan atau ajisai dalam bahasa jepun ini ita ambil di wikipedia. 

"Pokok Bunga Tiga Bulan adalah spesies Hydrangea yang berasal dari negara Jepun. Nama-nama biasa yang lain termasukBigleaf HydrangeaFrench HydrangeaLacecap HydrangeaMophead HydrangeaPenny Mac dan Hortensia. Ia ditanam secara meluas di banyak negara lain di dunia dan dalam pelbagai iklim. Di Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah."
Hydrangea macrophylla telah ditanam sejak sekian lama sebagai satu tumbuhan hiasan di Jepun, dan sejak 150 tahun lepas, juga telah ditanam dengan meluas di negara beriklim sederhana di seluruh dunia. Lebih 600 tanaman telah terpilih untuk digunakan di dalam taman, dengan warna bunga yang berbeza-beza. Tukang kebun seringkali mengawal warna bunga dengan menambah kapuratau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan. Bunga-bunga ini juga boleh memiliki warna-warna pelangi sekiranya Na2CO3 ditambah dengan berhati-hati di tanahnya.
Hydrangeas menyukai tanah gembur, kaya lembapan tetapi mempunyai saliran yang baik di bawah cahaya matahari sederhana. '




 Selain bunga ajisai ni ada juga bunga iris yang sedang kembang.. alhdmulillah cantik sangat permandangan ini tambahan dengan seri jambatan merah yang menghubungkan antara istana dan taman bunga ini.



Sebelum pulang kami ke miyuki no hama beach berhampiran istana ini..














11 Comments:

  1. Unknown said...
    salam Ita
    best nye dapat jenjlaan gitu kan dengan pemandangan yg cantik macam akak pun dah melayang jugak kat sana tu,cantik bunga2 tu suka sangat akak tengok..
    Pink Lavender said...
    canteknyerrlaa..
    balik msia terus ker?
    Akak Kembang said...
    comelnyer pakai baju tradisi dorang
    Nur-nba said...
    Salam. Oh rupa2nya Kak Juwita dah nak balik Malaysia.. Akak orang mana ye? Boleh Nur tahu..

    Cantik sungguh gambar2 ni.. Comel benar melihat anak dara sunti akak.. Senyumannya sangat menawan..

    Semua gambar2 ni cantik2 belaka. Suka melihat keindahan alam ciptaan Allah. Nanti Kak Juwita kongsikan lagi ye gambar2 menarik di Jepun dengan kami (puas hati walaupun tak dapat jejakkan kaki ke sana).

    Terima kasih banyak kak.. Take care sis.. :)
    Nuwairani said...
    cantiknya tempat tu. kalau sewa baju 100-200 yen tu kira murah sangat la tu dengan nilai duit kat sana. merasa jugak pakai baju, bergambar pesen2 kat sana.
    nOOrsha said...
    salam ita..comelnye satu family pakaibaju maharaja n matahari tu.... hihi..semapat ita jejalan dlm kesibukan wat order.....mmg supermama btul ni :)...bila la nak ada rezeki dtg ke jepun ni..seronok je tgk :)
    Firdausy CiLiKku said...
    This comment has been removed by the author.
    Firdausy CiLiKku said...
    salam perkenalan, singgah2 cari resepi laksam mulanya, trus follow kak juwita bestnya dpt merantau negara orang. sudilah jenguk blog sayaye 4i5y4tuberose.blogspot.com
    indahhouse said...
    Salam Ramadhan al mubarak, kak juwita, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.
    Unknown said...
    salam...
    me follow u...:)
    Anonymous said...
    salam ramadhan kak ita sekeluarga :)

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG