17 August 2009

Hakone, Owakudani

Hakone adalah destinasi kedua kami.. Hakone dengan dengan lake yamanaka agak dekat juga hanya mengambil masa 45 minit perjalanan menggunakan kereta. Di hakone ada beberapa tempat yang menarik disini banyak tempat-tempat kawah gunung berapi dan biasanya orang datang kesini untuk melawat atau membuat rawatan perubatan.. kami memilih untuk ke owakudani (great boilng Valley).. Disini banyak kawasan sulfur yang active dan bagi yang mengidap asma atau sakit berkaitan dengan pernafasan tidak di galakkan untuk naik ke kawasan ini dengan lebih jauh. Untuk ke owakudani ni kami memilih untuk menaiki ropeway..






Permandangan dari atas ropeway

setelah sampai owakudani pengunjung akan menghidu bau sulfur yang sangat kuat. Dan dari situ boleh dilihat kawah sulfur yang aktif.




Ita juga sempat melalui jalan yang telah disediakan untuk ke kuro-tamago dimana disini terdapat kolam air panas dan menjual telur yang telah direbus menggunakan air panas ini. Telur yang telah direbus bertukar menjadi hitam kulitnya dan dikatakan jika memakan telur ni akan memanjangkan umur sebanyak 7 tahun lagi..


0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG