25 August 2009

Ikan Masam Manis



Pergi pasar hari ahad baru ni jumpa ikan agak besar juga.. tapi ita tak tahu nama ikan ni.. Murah la seekor besar 350 yen .. tapi tak beli banyak sebab takut tak sedap.. jadi semalam buat masak masam manis.. Sedapnya ikan ni.. rasa ikan kerapu.. so sebabkan besar makan 2 orang dapat la meratah semalam.. manis isinya dan lemak-lemak rasanya..

Bahan-bahan

seekor ikan di gaul dengan kunyit dan garam dan digoreng
*1 1/2 biji cili merah ( ikut kepedasan masing2)
*1 biji cili hijau
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
2 sudu sos tomato
1 /2 sudu sos tiram
1 sudu perahan lemon( air asam jawa pun boleh )
1/8 biji nenas diracik halus
1/2 batang carrot diracik halus
daun bawang untuk hiasan
1 sudu gula
garam

Cara-cara.
1. Blender bahan yang bertanda *
2. tumis dengan sedikit minyak bahan yang telah diblender
3. setelah garing masukkan sos tomato dan soso tiram
4. masukkan air jika ingin berkuah sedikit.
5. masukkan perahan lemon, nenas, carrot , gula dan garam.
6 setelah sebati dan masak tutupkan api
7. bolehlah dituang diatas ikan tadi.

ikan ita kat atas tu terlebih minyak .. jadi jangan masukkan minyak banyak sangat..

3 Comments:

  1. blogresipi said...
    Nampak isi2 kat tepi tuh bestnye kak... kite suke la kalo dpt ratah2 ikan nie..hehhe
    kak ina kl said...
    salam ita..mcm sedap aje ikan tu..seronoknya tgk kamu naik basikal..akak dah tak leh naik dah..tak muat..
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan.. tula sedap ratah minggu ni nak tgk ada lagi ke kat pasar

    to kak ina... heehhe kelakar la akak ni.. kat sini saya tak de kete kak mahal kosnya.. jd.. naik basikal je la

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG