03 August 2009

Daging Ala Thai


Tengok daging ni di dapur kak zana terus masuk list untuk buat.. terliur tgk daging ala thai kak zana.. jadi ita buat untuk majlis baca yassin baru-baru ni.. licin sampai tak cukup.. huhuhu thanks pada jeezy sebab share kat MYR..


Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris

3 Comments:

  1. blogresipi said...
    Dah habes ke kak Ita? baru nak mintak nie... nampak mengancam je tue... gambar pon cantik la kak :)
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan.. ye ijan dah abis huhuhu.. tgk gamb je la ijan yek
    Chik Mi said...
    alamak dgg ni dah sampai Nihon bila la pulak nak belayaq ke Penang ni,ita akak nak jugak

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG