18 August 2009

Nasi Jagung



Nasi jagung menu berbuka hari ni.. Saja buat puasa sunat hari ni untuk biasakan diri berpuasa tambahan jepun sekarang musim panas takut nanti terkejut plak badan. Sedap nasi ni.. makan dengan daging ala thai dan pajeri nenas memang kena.. lepas tu goreng keropok..resepi dari zara kelate. Thanks ye..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
* 4 cawan beras basmathi
* 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
* ½ cawan susu cair
* ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit halia*
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak
* 2 helai daun pandan disimpul
* sedikit garam
* kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

1 Comment:

  1. mimie loma said...
    amboiiiiiii rajin nye lah sue ni.........

    nasi jagung klu lawan dgn kuah dalca msti sedap kan........ummph.

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG