19 August 2009

Pajeri Nenas


Sambil tengok fathnin mewarna ita sempat juga upload gambar ni jap.. kalau hari biasa ajar matematik atau menulis memang tak leh nak mengulat macam ni.. heheh tapi hari ni subjek mewarna boleh la mengulat jap.. heheheh.. ok saja nak share resepi pajeri nenas ni alhamdulilah suka sebab sedap.. hehehehe.. ( masuk bakul angkat sendiri)

Bahan-bahan

1/2 biji nenas
1/2 biji bawang besar*di tumbuk halus
3 ulas bawang kecil*di tumbuk halus
1/2 inci halia*di tumbuk halus
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis*
1 sudu kerisik
1/2 paket santan
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula
2 sudu serbuk kari ikan

Cara-cara
1. panaskan minyak dan tumis bahan bertanda *. hingga naik bau.
2. masukkan serbuk kari dan kacau.
3. masukkan kerisik dan kacau lagi.
4. Masukkan santan dan nenas yang dipotong.
5. setelah itu masukkan garam dan gula

untuk mendapatkan pajeri yang sedap dan cantik minyak kena banyak. selamat mencuba

1 Comment:

  1. ieda said...
    ermmm mcm mana nie ita .. lum poser layie dah tgk juadah nak buker poser .. huhuhu

    x sabaq nak tunggu ramadhan yg mulia ini

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG