Salam Ramadan. Dah beberapa hari tak update blog sebab berbagai-bagai urusan diselesaikan termasuklah mengadakan majlis berbuka puasa dirumah. Ita buat hanya untuk kawan-kawan di area rumah sahaja. Nak ajak ramai, rumah comel nanti tak muat nak solat terawih dan berbuka dengan selesa. Hari ni baru ada masa lapang sikit nak update new story jumaat lepas sehari sebelum puasa.
Disebabkan student malaysia ramai yang balik malaysia sempena cuti musim panas tak de solat jumaat diadakan di universiti. Abang kena pergi ke Yokohama city untuk solat. Jadi abang ajak ita ikut memandangkan nanti nak puasa takut kurang aktiviti berjalan-jalan. Tapi kali ni special sikit ita pergi city naik basikal. Mula rasa tak yakin sebab ita tak penah pergi city naik basikal. Abang ada la 2 -3 kalipergi naik basikal. Abang kata dekat je dalam 20 minit je. Ita pun cuba la. Kami pergi ke area sakuragicho sebab abang solat jumaat kat situ. Memang best naik basikal sebab kat jepun ni ada lorong untuk basikal jadi amat mudah dan selesa. Tambahan abang hadiahkan ita basikal elektrik untuk ita. Ini adalah hadiah ke dua yang ita janji nak ambil gambar tak tunjuk2 tu.. ehhehe.. tak sempat ni baru berkesempatan... thanks abang sebab susah-susah habiskan duit untuk basikal ni. Alhamdulilah tak penat kayuh basikal sebab kalau kita rasa tak larat nak kayuh nanti basikal ni tolong.
to kak nor
best kakak .. luas pemandangan sambil kayuh basikal..
to nonon
dulu study jepun ye.. insya Allah kalau akak jalan2 akak share lagi
to kak mimi
tula rindu kat akak .. selamat berpuasa kak
to kak fiza.. ye kak best jalan2.. takpe kak ada rezeki leh datang jepun kak
Masih menetap di Yokohama kah?
Saya baru sebulan di sini. Survey2 tpt nak solat Jumaat, terjumpa blog ini. Boleh tanyakan Abang, kat sini orang start khutbah pukul berapa?
Terima kasih...saya bookmark dulu blog saudari. Saya akan baca lagi satu per satu :)