28 August 2009

Homemade Air soya



Soya minuman yang berkhasiat dan sering dibeli dibulan ramadan jika ke pasar ramadan di Malaysia dulu. Jadi untuk melepaskan rindu pada air soya hari ni ita buat sendiri. Alhamdulilah tidak sia-sia usaha membuat air soya ni.. sedap.. lepas la tekak nak minum air soya..

Bahan-bahan

200 g kacang soya
gula secukupnya
2 inci gula melaka
2 helai daun pandan

Cara-cara
1. Rendam kacang soya lebih kurang 5-6 jam bersama 3 gelas air.
2. Setelah itu basuh dan tos.
3. Blender kacang soya dengan sukatan 1 cawan kacang soya 2 cawan air. Jika ada fruit juice blender yg boleh asingkan hampas dengan air lebih baik.
4. Jika tiada, tapis airdan hampas soya dengan menggunakan kain kasa.
5. Masak air soya tadi dengan daun pandan dan sedikit gula melaka. Gunakan api yang perlahan sehingga mendidih.
6. Setelah mendidih boleh lah ditutup dan di tambah dengan gula mengikut citarasa masing-masing.

5 Comments:

  1. daydeck86 said...
    salam kenal
    sedap nyer air soya buat sendiri
    mesti wangi bau daun pandan tuh kan
    Juwita Jamaludin said...
    to daydeck.. salam kenal.. alhamdulilah sedap.. seronok dapat minum
    NorNaza said...
    memang air peberet kak nor ni!!!mmgn tk sah kan kalau p bazar ramadhan tak cari air ni
    Chik Mi said...
    ita akak pun sukeeeee ngan soya ni,tp nak buat sendiri belum sempat,kalau nak makan tunjuk2 aje.hihihihi
    Juwita Jamaludin said...
    to kak nornaza.. tula memang best kak sedap kan

    to kak mimi.. ita pun baru tahu ada yang boleh minum yng dah siap kak.. hhihih pasni nak minum li yag dah siap je.. tapi buat sediri ni puas hati

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG